Monday, August 15, 2022

LCS mangsa politik

Menghadapi pru 15.
Cerita kapal laut tidak akan ditamatkan, ianya modal yang ditunggu oleh lawan umno untuk menutup kelemahan PH semasa menjadi kerajaan.

Rumusan laporan PAC lebih kepada tatacara kewangan dan kelewatan penyiapan projek kerana ini skop mereka. Sebab itu mereka memberi syor agar SPRM menyiasat kenapa kerajaan membayar bukan mengikut kerja sebenar.

Cerita bukan semua salah DAP tetapi isu ini memberi kelebihan kepada mereka kerana orang tidak pandang isu kenapa PH tidak mendesak agar BNS menyiapkan kerja seperti yg dijaduakan, Sebaliknya $6 billion jika dimainkan dengan baik boleh memberi kemenangan pada pru akan datang.

Kalau LCS terlepas pandang kenapa mereka mengarahkan 4 buah LMS itu disiapkan sepenuhnya di CHina.


Mengalami keusangan dan sudah usang adalah perkara yg berbeza namun jika kita membeli sesuatu yg baru sudah pasti kita mahukan kualiti itu seperti baru. PAC tidak salah dan apa yang dikatakan oleh BNS juga ada benarnya.

Isu beli lebih mahal dengan menububuhkan syarikat baru itu urusan BNS dan ialah adalah proses biasa bagi kebanyakan syarikat. Kerajaan sebagai pembeli hanya perlu tahu dia bayar mengikut berapa harga yang dipersetujui. 

Kapal selam Najib menteri pertahanan logik juga dia diserang tapi LCS ini dia PM kenapa semua benda dia kena pikul?

Kalau sebagai perdana menteri semua hal dia harus bertanggungjawab, kenapa semasa dia menjadi PM sahaja bukan untuk PM sebelum dia?.

Antara sebab kurang berminat dengan cerita politik ialah semuanya Najib. Ibaratnya penyokong PH menyusulkan kalau umno nak menang pru umno perlu pecat Najib dan Zahid perlu letak jawatan. Kau rasa kalau Zahid dan Najib berundur penyokong tegar PKR nak umno?????.

No comments:

Post a Comment