Saturday, August 13, 2022

Entah siapa yang salah

Walaupun kekadang aku menyampuk tapi biasanya aku tidak menambah orang menyembang kapal halimunan. Cerita mereka lebih menjurus mengutuk umno dan najib. Itu normal. Orang tidak menyembang aljebra di kedai kopi.

Ambil satu point paling latetst dari geng Atok. PH tidak pernah menamatkan pembinaan kapal tapi vendor sendiri menamatkan pembekalan kerana kerja mereka tidak dibayar.

Akhirnya Najib sakau $6 billion, ini yang kita akan dapat kesimpulan dari sembang kedai kopi.

Pembayaran.

Biasanya pembayaran projek kerajaan akan dibayar mengikut peringkat aktiviti tapi LCS lain sedikit. Bayar dulu bina kemudian. Part ini yang Najib perlu bertanggungjawab. Jika Najib pegawai kerajaan mungkin sudah dibuang kerja kerana melanggar tatacara kewangan.

Najib bermasalah tapi Mahathir tidak?

Naval Dockyard distruktur semula menjadi BNS kerana projek kapal $30 billion zaman Mahathir. Sebab itu dalam laporan PAC dinyatakan BNS membayar hutang lapuk (NGPV) menggunakan wang LCS zaman Najib. 

Mungkin Najib membuat keputusan untuk membina kapal dalam negara berbanding membeli terus dengan China kerana ingin membantu BNS, LTAT dan vendor tempatan. Sebagai perdana menteri banyak aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Tidak siap (lewat) dengan duit lesap adalah perkara yang berbeza. Sembang macam ayam jantan tapi realitinya progress pembinaan era PH menurun dari timeline. Ini fakta juga.

Isu sigma atau gowind biarlah pakar yang mengulas. Usul pertukaran kelas adalah dari pengerusi BNS ketika itu ex TLDM dan yang tidak setuju jeneral laut ketika itu. Mereka berlaga angin.

Cuma yang tidak seronok didengar apabila kapal tidak ada taring, ini yang perlu diperbaiki.


No comments:

Post a Comment