Friday, September 16, 2022

Dollar akan terus mengukuh

Tidak salah kita menzahirkan kerisauan bilamana ringgit jatuh pada paras terendah sejak 1998. Kesan kepada penurunan ringgit akan memberi impak barangan import termasuklah barangan asas pembuatan. Bahasa mudah untuk difahami, bila bahan untuk membuat sesuatu barang naik jadi harga barang juga akan naik walaupun ia barang keperluan tempatan.

Sebelum ringgit jatuh pada paras terendah, Yen terlebih dahulu mengalami penurunan pada paras terendah 24 tahun. Banyak matawang dunia mengalami tekanan atas kekuatan dollar. 

Ekonomi dunia bergelut tetapi dollar amerika mencatatkan peningkatan yg agak luarbiasa sehingga harga emas akan dijangka turun. 

Ringgit menurun berbanding matawang serantau sejak beberapa tahun lalu, bukan sekarang ringgit jatuh. Dalam ekonomi dunia sihat ringgit semakin jatuh, yang ini kena tanya apa yang menteri PH buat.

Jika kerajaan memanipulasi data spt nilai kndk, dunia tidak akan mempercayai kepada angka yang akan dibentangkan pada masa akan datang. Jadi angka 8% pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua harus dipercayai semua pihak. Yang menjadi tekanan kepada negara sekarang ialah aliran dana asing yg keluar.

Walaupun suhu politik tidak panas tetapi pelabur masih tidak nampak dasar masa depan negara. Pelabur tidak peduli Najib dipenjarakan atau tidak, mereka hanya mahu pelaburan mereka selamat dan memberi pulangan.

Walaupun inflasi meningkat dollar amerika dijangka akan naik sehingga penghujung tahun kerana data pengangguran dan indeks pengguna menunjukan angka yang positif.

Malaysia akan muflis, aku tidak menolak pandangan itu tetapi mohon dijauhkan. Bila dollar amerika mencecah 4.7 berbanding ringgit semua pihak akan terhimpit dan ekonomi pasti akan merundum. 2023 ekonomi dijangka tidak berapa baik, jadi ada pandangan sesetengah pihak sekarang bukan masanya untuk membuat pelaburan.

China, eropah, Rusia semuanya dalam arah ekonomi menguncup. Keadaan cuaca dan suasana politik dalam perang dingin kita jangan terlalu mengharap ekonomi global positif. Salah satu sektor yg menekan ekonomi China ialah pembinaan. Banyak bangunan tidak terbeli dan terbengkalai. Tindakan amerika membuat sekatan teknologi serba sedikit menggangu ekonomi China.

Tiada perang tetapi kerana suasana di eropah timur terancam maka negara Nato banyak mengupgrade aset ketenteraan. Sebagai contoh F35 amerika mendapat tempahan yang banyak, Singapura salah satunya.

Perang Rusia-Ukraine sebenarnya menguntungkan Amerika dan ia sebenarnya dirancang agar dollar meningkat. Mengorbankan Ukraine bukan menjadi masalah kepada Amerika, asalkan negaranya selamat dari kemelesatan.

Sekarang ini eropah menjadi mangsa game changing Amerika.

1 comment:

  1. Pemimpin gagal/penipu guna alasan semua matawang negara lain alami tekanan akibat peningkatan dollar. Kunun ekonomi semua negara dunia dah sangat teruk.

    Sebenarnya x bleh bandingkan terus dengan negara lain.

    Matawang negara lain menurun. Tapi asas ekonomi mereka masih kukuh.

    Matawang negara menurun. Tapi asas ekonomi negara dah lamaaaa teruk. Rakyat dikelilingi hutang. Harga barang dah lama naik x turun2.

    Pemimpin kaya makan gaji buta

    ReplyDelete