Sunday, October 16, 2022

Aku pun tak peduli dengan umno.

Sana sini orang mengutuk umno. Katanya ramai dah tak sokong umno. Umno akan kalah. 

Dah kau tidak menyokong umno dan yakin umno akan kalah, sepatutnya bila parlimen dibubarkan bergembiralah. Full Stop.

Ambil contoh isu. Umno banyak duit, guna jentera kerajaan atau apa sahaja isu untuk dipalitkan dengan umno, secara peribadi letih mendengar. Aku bosan.

Orang fikir kerajaan sekarang kerajaan umno sebab Ismail Sabri perdana menteri. Aku bagi contoh lagi. Stopa ikon permotoran negara, umno juga yg dimaki. Ko nak kutuk umno ko punya pasal, semua orang ada pandangan. Tapi bila isu-isu yang dipotong-potong hanya untuk memburukan umno aku tidak berkenan. Bukan sebab aku penyokong umno tapi bila dah selalu dengar aku menjadi bosan. 

Kenapa aku kata fakta yang diselewengkan, Menteri dan timbalan menteri sukan dari Bersatu, apa kena mengena dengan umno?. Sebab PM dari Umno? 

Pada hemat Wan Fayhsal, Stopa ini ramai follower dan muda. Jadi dengan perlantikan Stopa orang muda dan mat motor akan menyokong Bersatu. Orang yang mengutuk Stopa ini dah expired, sebab itu KBS tidak melantik Sharul Yuzy. 

Apa yg aku nampak, orang yang mengambil rasuah hanya orang umno. Ini pun satu hal. Seriuslah, annoying. Aku bukan bodoh sabut untuk menerima perkara itu. Kita minta 10% takpe sebab Najib lagi berbillion ambil duit.

Guan Eng minta 10% dari nilai projek ada sebut? Kes Syed Saddiq dibicarakan ada cerita?. Senyap!. Ini contoh. 

Hakikatnya aku bukan kayu mati yang boleh ditumpangi anai-anai.

No comments:

Post a Comment