Tuesday, March 21, 2023

Banyak apps susah juga, lain la kalau banyak duit.

Dulu-dulu aku hanya naik bus dan teksi. Mrt, lrt atau keretapi tak pernah naik, jadi aku tak tahu sistem pembayaran dia guna apa. 

Semasa PKP aku ada menggunakan sistem online samada JPJ atau JPN. Pada masa itu pembayaran perkhidmatan hanya boleh menggunakan credit card. Aku cuba cari cara pembayaran dengan kaedah online banking atau ewallet tak jumpa. Memang rasa bodoh sangat siapa yang buat sistem tu.

Bengang punya pasal aku isi borang aduan awam untuk tanya kenapa tidak ada kaedah pembayaran lain selain credit card. Jawapannya mereka akan mempelbagaikan kaedah pembayaran di masa akan datang. Geram juga dengan jawapan sebegitu.

Semasa aku pergi JPN, pembayaran parking di sana hanya credit card dan debit card. Sekali lagi aku stuck sebab aku tak pernah aktifkan debit card. Then aku minta tolong seorang untie bayarkan, Mungkin ini silap aku juga sebab zaman sekarang debit card penting. 

Kerja aku dari utara ke selatan, jadi kekadang parking menjadi masalah kerana setiap negeri pembayaran parking menggunakan apps yg berbeza. Kerja aku menuntut ke serata tempat jadi parking bangunan yang tidak ada touch n go akan menjadi masalah. 

Moralnya aku nak highlightskan jika terlalu banyak operator susah juga. Semua apps kena isi duit walau tidak guna. Pada mereka yang jarang ke sana sini mungkin tidak faham apa yg aku rasa tapi kalau kerja mcm aku memang touch n go menjadi keperluan kerana aku tidak perlu topup pelbagai apps.

Jika di stesen pengangkutan awam tidak ada debit card atau ewallet ianya wajar diadakan. Untuk sistem parking dan tol biarlah ada touch n go kerana aku tidak perlu untuk topup pelbagai apps yang memungkinkan duit aku menjadi wang tidak dituntut.

Daripada RFID aku lebih suka smartag sebab kalau tidak boleh detect masih boleh guna manual. Kalau ada pengguna RFID yg bermalah terpaksa ke depan ke belakang,

No comments:

Post a Comment