Monday, March 20, 2023

Hannah Yeoh patut letak jawatan

Aku tetap tidak bersetuju walaupun ada yg berhujah teruk sangatkah iman kita kalau hanya melawat gereja iman kita boleh terpesong.

Orang dulu melarang pergi gereja malah ada ibubapa lebih keras dengan melarang anaknya melihat salib. Bodoh sangatkah orang tua kita dulu-dulu?.

Avangelis kristian licik memesongkan akidah. Plurisme agama iaitu membuat persamaan dalam semua agama. Contohnya semua agama disuruh membuat kebaikan jadi semua agama ini sama. Logik akal memang ada benarnya tetapi dari segi akidah iman kita sudah terpesong.

Hannah Yeoh sepatutnya meletak jawatan kerana dia sebagai menteri telah memberikan dana untuk program yang melanggar perlembagaan negara dan boleh menggugat ketenteraman awam. 

Artikel 11(1) dalam perlembagaan negara menyatakan kebebasan dalam beragama tetapi ianya tertaluk dengan fasal 11(4) dimana larangan dalam pengembangan kepada orang Islam.

Dalam jawapan parlimen dia menyatakan program tersebut tidak melibatkan belia Islam tetapi dari screenshot pengguna medsos memaparkan sebaliknya.

Dalam banyak program belia boleh dibuat kenapa program seperti ini ditumpukan?.

Salah satu kesalahan ialah kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam. 

Garis perpaduan negara terlalu nipis oleh itu jangan sesekali cuba untuk memprovokasi rakyat dengan cara seperti ini. Kerajaan harus bertegas dengan sebarang konsep sebegini kerana orang melayu (Islam) amat sensetif dengan perkara yang melibatkan akidah.

Cubaan memesongkan pemikiran (akidah) dibuat dari pelbagai arah antaranya konsep mentega terbang. Mereka (nasrani) akan berterusan mencuba dari pelbagai skop agar orang Islam itu sendiri memberontak untuk membuat keputusan dengan menolak garis yang sudah ditetapkan.

Satu perkara harus diingat, 500 tahun tanah ini dijajah harta dunia habis dijarah yang ditinggalkan oleh nenek moyang adalah akidah yang tidak pernah berubah.

No comments:

Post a Comment