Monday, March 20, 2023

Tin kosong

Bagi menutup kelemahannya dalam mengurus ekonomi raja formula membuat analogi kerajaan sekarang mewarisi bil yang tinggi hingga merencatkan kewangan negara. Sebelum ini dia cuba menyalahkan Pas kerana apa yang dia katakan adalah pada tahun 2008 dan bukan kempen pru yang lalu.

Covid19 memberi kesan ekonomi kepada semua negara termasuklah negara kita. Walaupun asasnya ekonomi negara lambat pulih kerana isu politik namun dengan keutuhan kewangan yang ada negara terlepas dari belenggu.

Bukan setakat hutang negara, banyak syarikat lingkup dan ketika ini juga masih banyak syarikat dalam proses pemulihan. Jadi menyalahkan kerajaan yang lalu adalah tidak wajar kerana Anwar telah membentangkan bajet RM386.1 billion dan merupakan bajet yang tertinggi dalam sejarah. Jika kewangan negara tenat mana mungkin Anwar boleh merancang untuk membelanjakan sejumlah wang sebegitu besar?.

Sebelum Rafizi menjadi menteri, bank dunia meramalkan ekonomi dunia berkembang sekitar 3% kerana banyak negara eropah akan mengalami kelembapan. Walaupun begitu bank dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sekitar 4%. Jadi kalau ekonomi positif pada tahun ini bukanlah kerana Rafizi tapi dasar ekonomi yg lalu berjalan dengan baik.

Rafizi kata formulanya pada tahun 2008. 

Pada tahun 2007-2008 krisis kewangan berpunca dari subprima  amerika dan menjadikan inflasi di serata dunia. Pada tahun 2016 sekali lagi krisis ekonomi disebabkan oleh keruntuhan harga minyak. Setiap kali recession pasti akan ada pakej rangsangan yang memerlukan dana. Jadi biasanya hutang negara akan bertambah.

Walaupun nilai buku hutang negara bertambah, ianya masih dibawah 55% kdnk yang mematuhi statutori hutang negara. Tetapi pada 2018 hutang negara naik mendadak menghampiri 55% dari kdnk maka pada tahun 2020 statutori had hutang ini dinaikan kepada 60% bagi mengatasi pandemik.

Walaupun pembangkang pada pru14 (pru 2018) mengatakan negara akan bankrap hakikatnya mereka mengakui bahawa hutang langsung negara pada 2018 ialah RM688 billion iaitu bersamaan dengan 51.2% dari kdnk. Setelah menjadi kerajaan 2008 Mahathir telah membuat pelepasan cukai selama 3 bulan maka kerajaan PH ketika itu terpaksa berhutang dan mengambil dividen yang tinggi dari Petronas untuk menampung perbelanjaan negara.

Nilai RM1.087 trillion muncul kerana Mahathir mahu menyalahkan kerajaan terdahulu dengan mengumpul semua obligasi kerajaan. GLC adalah syarikat berkepentingan kerajaan maka semua hutang Petonas, TNB, TM dan semua itu syarikat GLC lain dibukukan pada hutang kerajaan kerana ianya dijamin oleh kerajaan.

Bankrap ke syarikat-syarikat blue chip ini?. 

Selama 22 bulan mereka memerintah dengan defisit serta dan menjual harta kerana penyusutan pendapatan. Pendapatan negara semakin terjejas dengan penurunan indeks bursa dari 1800 mata ke 1500 mata. Ini sebab mengapa hutang negara cepat menghampiri paras 55% dari kdnk. Oleh kerana statutori hutang negara tidak boleh melebihi dari 55% maka kerajaan Muhyiddin terpaksa meminda statutori hutang kepada 60%.

Berbalik pada 2008 dan 2016 kerajaan pada masa itu tidak menaikan had statutori kerana hutang negara masih di bawah paras boleh berhutang. Ini kerana size ekonomi negara berkembang.

Analoginya begini, kalau dulu gaji RM2,500 keupayaan hutang hanya RM700 tapi kalau gaji dah naik RM7,000 mungkin hutang kita boleh mencecah RM1,500. Hutang naik tapi kelegaan wang kita masih banyak untuk digunakan.

Aku tidak mahu sebut hutang 1MDB. Jumlah hutang RM52 billion, ada hutang sudah dibayar dan kerajaan juga ada mendapat semula wang hilang. Tetapi mereka anggap itu sebagai pendapatan dan masih mengekalkan status quo hutang 1MDB RM52 yg harus mereka bayar.

Kerajaan hendak bankrap tapi mampu boleh berhutang, ini bermaksud hutang itu hanya menjadi modal untuk menutup kelemahan sendiri. Jika pemikiran menteri ekonomi umpama tin kosong maka membantu jemaah haji B40 dengan seribu ringgit sudah menjadi kebanggan.

No comments:

Post a Comment