Saturday, October 7, 2023

Dunia perlu great reset

Kenapa Nabi ﷺ sebut "harga barang naik kerana maksiat kita dan orang lari dari majlis² ilmu (ulama)".


Aku bukan ada ilmu (ulama) untuk membuat tasiran hadis. Tulisan ni hanya berupa pandangan peribadi dalam permasalahan masyarakat.

Maksiat dan majlis² ilmu.

Secara umum orang akan melihat maksiat dari sudut sosial seperti konsert, judi, arak. Sementara majlis ilmu masyarakat kontemporari menggambarkan majlis ilmu ialah kuliah di masjid. Dalam kepala kita akan terbayang ustaz² mengajar kuliah atau paling advance sesi motivasi oleh Samsyul Debat.

Pandangan umum para ulama (agamawan) nusatara kebanyakannya hanya mengesahkan hadis diatas. Maksudnya in detail tidak dihuraikan. 

Pandangan aku pula, majlis ilmu ini tidak terhad kepada apa yang diajar oleh para ustaz. Sekecil-kecil majlis ilmu ialah mesyuarat (musyawarah). 

Zoom in tern maksiat dan majlis-majlis ilmu.

Maksiat ialah satu perbuatan yang berdosa sementara majlis ilmu untuk melahirkan orang yang menjadi bijak bagi menghasilkan keputusan yang tepat. 

Apa jua yang disabdakan oleh Nabi ﷺ pastinya benar. Cuba kita tengok situasi dunia hari ini.

Maksiat.

Contoh keuntungan bank 

Aku tidak pasti adakah sistem perbankan negara benar-benar mengikut betul islamic banking. Adakah mereka tidak mengamalkan riba?.

Satu text dari sebuah bank (bukan bank diatas). Denda lewat bayar ansuran bulanan kereta 8% daily basis. Sistem pinjaman bank, Ah Long atau ceti semua makan riba (maksiat). Situasinya apabila seseorang tersepit kita makin disepitkan. 

Bila kita mengamalkan sistem yang dicipta oleh musryikin (kafir) laknat (kesusahan) kita pasti akan dihumban (dalam kesusahan).

Maksiat perbuatan. (kapitalis).

Sistem perniagaan berunsur kapitalis. Pengawalan perniagaan oleh orang-orang kaya melalui syer-syer. Mereka mahu kekayaan mereka tidak berkurang. Dalam erti kata lain dalam apa jua keadaan keuntungan tidak boleh dikurangkan. Jika perlu tekan (menindas) orang miskin, mereka tidak ada simpati.

Orang kaya (kapitalis) menderma bukan kerana mahu rahmatNya atau membantu orang yang tidak berkemampuan. Pada mereka donation boleh mengurangkan cukai bukan kerana kebaikan.

Walaupun kadang-kadang jumlahnya besar, sebenarnya hanya sekelumit dari hartanya. Dan yg lebih menyedihkan adalah mereka duit ini ialah 'harta rampasan" orang miskin.

Contoh. Amerika membantu pembangunan di Iraq. Mereka menyerang (musnahkan) Iraq lalu mereka hulurkan bantuan (pinjaman). Lebih menyedihkan pinjaman itu adalah kekayaan Iraq sendiri. 

Di Malaysia semua perniagaan ada kartel (kapitalis) untuk menetapkan harga. Mereka mengaut keuntungan berganda tanpa peduli dengan kesempitan orang lain.

Maksiat moral.

Munafik politik adalah maksiat utama keruntuhan sosio ekonomi. Fitnah, menipu, adu domba dan pelbagai lagi sifat buruk pada akhir zaman. Demokrasi adalah ciptaan barat. Pemimpin dipilih bukan berasaskan ketokohan tapi dijulang oleh sistem bagi memenuhi kepentingan sesetengah pihak.

Bagi aku pentaksub atau penyokong parti sama sahaja. Bilamana masyarakat tidak berilmu mereka menonong tanpa pedoman. Contoh, harapan pada penyokong parti A ialah kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan zalim dan ia boleh dijadikan modal politik. Bukankah itu kejahilan?.

Apabila semua pendosa menjadi penguasa (menteri, pemimpin, pegawai), mereka tidak ada empati kepada orang lain. Contoh, pegawai besar akan hanya mementingkan kedudukan dan golongan mereka (elit). Lihat perbezaan gaji diantara pegawai atas dan bawah. Jurangnya semakin ketara.

Rasuah maksiat yang sudah bernanah. Tanya diri sendiri samada melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau tidak. 

Lari dari majlis-majlis ilmu.

Majlis ilmu adalah untuk orang bertaubat atau mengukuhkan iman. Tapi bilamana mereka pelaku maksiat (pendosa) lari dari majlis ilmu mereka akan terus tersesat dan mereka akan terus dalam sistem.

Jika iman seseorang semakin kuat, mereka tidak mengambil rasuah, tidak menzalimi golongan bawahan, pemimpin juga tidak munafik kerana penyokong mereka berilmu. 

Adakah ustaz terkecuali kerana mereka golongan berilmu (ulama).?

Kebanyakan ustaz orang perlu mengikut mereka kerana mereka pewaris Nabi ﷺ. Riak dan sombong ini adalah penyakit terbesar untuk golongan ini. 

Maksud ulama ialah orang-orang yang berilmu samada ilmu agam atau ilmu umum. Biasanya siapa yang lebih riak adakah mereka yang mengaji ilmu umum atau agama?. Jika ada ustaz yang baca tulisan ini pasti dia tidak setuju. Sebab pada hematnya dia sahaja yang betul.

Kesimpulan.

Harga barang naik kerana kita (semua) ini bobrok ( ahli maksiat ) dan bodoh (lari dari majlis ilmu). Harga barang naik kerana diurus oleh mereka yang bodoh. Kita harus mengakui bahawa pemimpin bodoh adalah dipilih oleh orang yang bodoh. 

Zaman ini adalah akhir zaman, kegelapan hanya boleh disuluh dengan ilmu. Jika berterusan sebegini, berpura-pura berilmu akhirnya kita akan binasa.

Kita perlu bertaubat, kemaksiatan menenggelamkan kita. Kita perlu great reset untuk mengubah arah negara ini.

Rasanya itulah pesanan Rasulullah ﷺ, harga barang naik adalah kerana kejahilan kita.

No comments:

Post a Comment