Sunday, October 1, 2023

Najib comeback, perlukah aku sokong?.

Kalau Najib jadi PM kau akan sokong dia?.

Tak terfikir sebegitu kerana aku rasa dia tidak ada peluang untuk jadi PM. Aku rasa tidak ada laluan politik mudah untuk dia menjadi PM, unless kalau dia menjadi presiden Bersatu, ye dia boleh jadi PM semula.

Secara peribadi mood aku hanya 10% untuk aku keluar mengundi. Aku dah boikot politik kerana banyak sebab. Undi PH itu bukan ideologi aku dan parti ini bersekutu dengan parti yang cuba menjajah bangsa aku. Undi umno sama seperti aku undi PH. 

Bayangkan kalau aku tak undi PH tapi YB mereka sudah berkhidmat sehabis baik?. Adilkah?

Undi PN, politik mereka poyo. Poyo ini lebih kurang, apa bezanya umno dengan Bersatu. Dulu umno bobrok sekarang suci?. Hujahan melayu dan Islam ini semua parti ada kempen masing-masing. Sejarah membuktikan begitu.

Pru15, Shahidan Kasim mungkin akan kalah jika bersama dengan umno. Bersama dengan PN dia menang besar. Hilang semua keburukan terangkatlah kewalian.

Bagi aku mereka berpolitik demi kuasa. Aku tidak nampak kesan ketara mereka membangunkan negara. Setakat ini prestasi mereka hanya so so. Kalau ada kebaikan sebenarnya itu lebih tanggungjawab kerajaan. Dan lebih penting kenapa aku tidak keluar mengundi, mereka adalah susuk tubuh yang sama. Kesudahanya pengundi seperti dipermainkan.

Adakah kalau Najib masuk PN aku akan keluar mengundi?.

Aku rasa aku kekal dengan pendirian aku. Selagi semua pemimpin tidak ada kesungguhan untuk membina negara, aku kekal menunggu sang pewaris.

Aku bukan mahu hidup seperti di syurga. Tapi aku mahu keadilan hidup. Hidup mengikut kemampuan bukan seperti hidup semakin keras. Contoh mudah adilkan cukai pendapatan.

Pemimpin perlu wise, nilai ini jarang ada dalam pemimpin. Kalau ada pun, ciri itu ada pada KJ. Tapi dari sudut ekonomi kemampuannya belum teruji dan model ekonomi KJ pernah collapse. Bukankah dia yang digelar budak tingkat 4. Satu perkara yang aku khuatir dengan KJ ialah corak (halatuju) dalam membawa negara, amat merisaukan.

Sanusi ada sedikit karektor yang aku nak. Contoh beliau masih kenal siapa diri dia, orang kampung. Bab ekonomi not bad. Sama seperti Tok Mat. 

Kesimpulannya, kemunculan Najib tidak penting tapi aku mahu pemimpin yang boleh berkerja dan memberikan keadilan kepada rakyat.

Perompak perompak alih-alih kau angkat dia menjadi PM? ha ha ha...

No comments:

Post a Comment