Saturday, November 9, 2013

Akan sampai masanya azan hanya di dalam masjid

Seorang lelaki cina menyerbu surau Taman Tasik Permai untuk memperlahankan azan. Mengapa ia masih terjadi. Apakah kesudahanya azan akan diperlahankan mengikut keperluan seperti di Singapore. Cukupkah orang cina berpuashati setakat itu dan tidak menuntut lagi?

Antara surau, tokong dan kuil, nasib rumah ibadat umat Islam itu amat berbeza. Biarpun agama rasmi di Malaysia adalah Islam, tetapi surau dan masjid tidak boleh dibina sesuka hati. Berbeza pula dengan tokong, kuil dan gereja, pembinaan boleh dibuat suka-suka hati dan tiada sebarang tindakan diambil oleh PBT.
Selama ini kita hidup harmoni dengan kepelbagaian budaya. Tapi sekarang keadaan berubah dengan adanya peluang yang diberikan oleh sebahagian daripada kita. Tidak menyalahkan sesiapa, cuma mahu masyarakat melayu dan Islam sedar, nikmat yang kita ada sekarang tidak akan berkekalan jika kita terus menerus bersikap seperti sekarang.
Disebalik keputusan ini tersimpin agenda orang cina mahu menguasai Malaysia. Beza diantara Mca dan Dap ialah, Dap dominan dalam pakatan sementara Mca bukan dominan.

Ramai yang tidak kisah dengan kuasa orang cina kerana mereka masih di zon selamat. Berkongsi pengalaman aku berkerja di syarikat cina, mereka menganaktirikan orang melayu sama sekali. Ramai (tidak semua) bos cina walaupun di jabatan kerajaan dan syarikat glc, orang cina menghambakan orang melayu. Mereka sengaja memberi masalah kepada orang melayu semata-mata kerana kita orang melayu.

Ramai kakitangan awam menyokong pembangkang. Mereka tidak kisah pun kenyataan Tony Pua agar mengecilkan jabatan kerajaan. Bagi aku, takpe la. Biarlah pembangkang menang. Selagi kita tidak terhantuk, selagi itu kita tidak sedar.

Semua orang memang mementingkan agama. Tapi jangan lupa, hanya kerana sesuap nasi kita boleh menjadi pencuri. Tanpa kuasa, agama pun entah kemana.

No comments:

Post a Comment