Dua musim lalu pasukan 8 orang pemian Negeri Sembilan meninggalkan pasukan. Akhirnya pasukan ini jatuh ke liga perdana. Musim ini, 8 orang meninggalkan TRW. Pemain yang meninggalkan pasukan ini, Pemain terbabit ialah Mohd. Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd. Shakir Shaari, Azizi Matt Rose, Rizal Fahmi Rosid dan Mohd. Izuan Solahuddin
Ini asam garam bola sepak. Dalam liga mana sekalipun, pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh akan mendominasi pemilikan pemain. Real Madrid raja kelab bola sepak dunia. Jika dia mahukan seseorang pemain pasti dia akan dapat. Dalam hal ini, hanya Barcelona yang mampu menyaingi keagungan kelab catalan ini.
Kualiti pemain yang dipamerkan tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Purata gaji pemain Malaysia dalam lingkungan 20K tidak termasuk elaun dan aksesori.
" dilamar dengan gaji yang mahal tapi kelab tak dapat satu sen pun"
Menyalahkan Fam 100% mungkin ia sekadar tuduhan. Menjadi amalan kelab luar, kontrak pemain akan disambung sebelum tamat kontrak. Biasanya kelab akan menyambung kontrak dua tahun atau paling lewat setahun sebelum berakhirnya tempoh kontrak. Jika pemain tidak bersetuju untuk bersama dengan kelab, maka pemain tersebut akan dijual.
Jika Fam tidak undang-undang penjualan pemain, maka Fam perlu merombak kaedah pembelian dan penjualan pemain.
No comments:
Post a Comment