Thursday, November 7, 2013

Bayi yang tercampak keluar sudah sedar

Alhamdulillah, kosmo melaporkan bayi yang tercampak keluar dari Bayi yang tercampak keluar dari kereta yang terlibat dalam kemalangan ketika dilarikan seorang remaja Isnin lalu sudah sedar daripada koma dan menunjukkan tanda yang positif.

Bapa mangsa, Abdul Pirhat Karim, 34, memberitahu, anaknya Muhammad Asyraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu juga sudah tidak bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak semalam.

"Anak saya juga sudah boleh menangis dan mengeluarkan suara dan saya sangat bersyukur sebab anak saya sangat kuat," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Abdul Pirhat, anaknya yang koma selama dua hari itu juga sudah boleh dipindahkan ke wad biasa dari Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Isnin lepas dua keluarga melalui detik cemas apabila remaja itu melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun.

Kejadian kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka koma.
mental suspek dikatakan kurang stabil
Remaja itu berjaya diberkas oleh polis di Bukit Rakit, Kuala Terengganu, ketika dia memandu Perodua Myvi dengan keempat-empat penumpang masih di dalamnya, kira-kira 120 kilometer dari lokasi kemangan, pukul 7.30 pada malam kejadian.

No comments:

Post a Comment