Katanya, keadaan itu juga sejajar dengan keputusan dua peti undi yang mempunyai bilangan pengundi kaum Cina lebih ramai berbanding peti undi lain yang turut memihak kepada calon BN.Selepas ini, ada harapan orang cina akan diberikan peruntukkan yang lebih besar. Pada Prk Sungai Limau, ramai orang cina tidak keluar mengundi. Istilah orang cina kembali menyokong bn adalah tidak tepat.
Untuk menarik sokongan 30% orang cina, Umno akan lebih banyak memberi peruntukkan. Jika dinilai, ia amat merugikan ahli umno yang bermatian menyokong parti mereka. Sekarang ini, umno hanya menghargai pemimpin tertinggi parti dengan meletakkan mereka sebagai pengerusi glc. Bagi penyokong pembangkang, mereka akan diberi sogokan dengan diserapkan ke dalam jawatan kerajaan dengan harapan mereka akan menyokong umno.
Bagi punasihat perdana menteri, bukan sekadar dibayar gaji tinggi. Mereka akan mendapat tempat sebagai lembaga pengarah glc atau jabatan berkanun. Sebagai punasihat, kata-kata mereka adalah keramat. Pengarah glc tidak ubah seperti tunggul untuk mengiyakan 'suara perdana menteri' dalam mesyuarat.
Exco-exco cabang pemuda dan puteri, mereka akan dilantik s/u kepada menteri-menteri. Politik mereka akan berkembang disini. Memendekkan cerita, hasil yang mereka dapat biasanya mampu membiayai dua dapur.
Apa ahli umno dapat.?
Pengumuman pemerkasaan bumiputera oleh perdana menteri boleh adalah untuk ahli umno. Ini gula-gula terhebat yang diberikan oleh Najib. Realitinya, glc lombong emas bagi mereka yang berkepentingan. Ahli umno umpama macai pada pilihanraya. Mereka hanya layak menjadi tukang gantung bendera dan tempat makian pembangkang apabila hutang negara semakin meningkat.
Petronas berubah polisi. sinar
Bukan petronas sahaja yang bertukar kiblat. Banyak syarikat glc sudah seperti syarikat peribadi. Sebahagian lagi hanya menunggu masa untuk diagihkan kepada perompak harta negara. Orang melayu percaya kepada Najib. Walhal antara Najib dan Kj hanya berbeza muka, tapi hatinya sama.
Jarang rakyat merungut dengan petronas. Tetapi semenjak Najib mengambilalih jawatan, ada sahaja yang tidak kena dengan petronas. Tiba-tiba sahaja Hassan Merican dicampak keluar, walhal beliau antara penggerak kejayaan petronas.
Apa Najib beri pada rakyat.? BR1M.? itu sahajakah.?
Perumahan masih menjadi permasalahan rakyat. Bermula tahun depan, kebanyakkan potongan untuk memiliki rumah akan kembali semula ke paras asal.
Bagi aku, Najib gagal dalam menguruskan negara. Rasioanalisasi subsidi memang bagus. Tapi apa faedah kepada rakyat.? Setiap tahun ada sahaja ketirisan berbillion. Jika jumlah itu dihapuskan, rakyat akan mendapat maanfaat yang besar. Malangnya, harta negara banyak yang menjadi harta karun peribadi sebilangan pemimpin.
Najib membutakan mata memekakan telinga dengan ngo melayu. Kerana beliau tahu, melayu tidak ada pilihan selain umno.
Sepatutnya, gaji punasihat yang tinggi menjamin pembangunan negara, membawa maanfaat pada negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tapiiii..... sebaliknya rakyat semakin tertekan. Perokok pun ditekan. Pi jahanam la dengan Najib.
Sehingga kini Tun M bergiat memantau perkembangan negara. Beliau bukan sekadar memberi syarahan. Beliau masih aktif memantau perkembangan industri dan ekonomi negara. Ada suara sumbang, beliau berbuat demikian kerana anaknya. Mungkin..... tidak ada bapa yang mahu anaknya gagal. Tapi dari keikhlasan, beliau memang negarawan.
Banyak isu negara Tun masih mengambil berat termasuklah isu terbaru pengintipan dalam dalam pentadbiran kerajaan/ peguam negara. Tun dikatakan telah memanggil Zahid meminta penjelasan. Aku jangkakan, isu ini akan meletup dan masa yang terdekat. Jadi sama-sama tunggu apa kata Tun.
pencen jawatan tapi tak pernah pencen semangat |
No comments:
Post a Comment