Aku tidak menuduh sesiapa, tapi perbuatan mereka amat tidak bertanggungjawab. Banyak lagi cara kempen boleh digunakan, bukan menghina orang yang sudah tiada. Apatah lagi arwah adalah orang yang dihormati oleh semua pihak.
Kalau sebelum ini anak kelima almarhum menuntut TPM memohon maaf pada perkara yang tidak sepatutnya, dalam insiden arwah ayah dimalukan dimanakah beliau.? Kempen seperti ini amat hina.
Pas dalam keadaan yang terdesak. Jika umno all out, tidak mustahil umno akan membuat kejutan. Jika umno kalah, ia adalah keputusan yang dijangka. Sebaliknya jika Pas kalah, Pas akan diperlekehkan oleh kawan dan lawan. Mungkin kekalahan tersebut akan menjadi bualan terhangat semasa muktamar akan datang.
Di luar Kelantan, Pas sekarang hanya mampu menang dikawasan majmuk tetapi bukan di kawasan majoriti melayu. Kerusi Sungai Limau merupakan kerusi tradisi parti. Jika Pas kalah mahukah Pas muhasabah diri setelah mereka ditolak pada pru yang lalu.
Kekuatan Pas Kedah bukan kerana Mat Sabu, Mahfuz atau Pahrolrazi. Sokongan akar umbi Pas terletak pada Arwah Ustaz Azizan. Ketiadaan beliau dan kehadiran Mukhriz membuka ruang kepada umno untuk kembali berkuasa.
Propaganda pembangkang, umno kedah marah kerana Mukhriz mencuci kaki di Kedah adalah tidak benar. Jika Ahmad Badshah diumumkan akan menjadi menteri besar pada pru yang lalu, belum tentu Kedah kembali kepada umno.
Aku kurang percaya insiden menggantung kaki kerja umno. Reverse syco biasanya akan digunakan apabila keadaan tidak memihak kepadanya dan bukan sewaktu parti mempunyai peluang untuk menang.
Pada prk bagan pinang, umno dijangka menang besar. Pas sengaja mencipta provokasi bagi menggagalkan prk dijalankan. Pas sudah menghidu akan mengalami kekalahan besar setelah pakatan memenangi 8 kali berturut-turut. Adakah modus operandi sama digunakan.?
Alhamdulillah, semua ‘kaki’ telah dibakar oleh pihak berkuasa setelah kedua-dua pihak bersetuju.
Cara kempen yang patut dicontohi.
No comments:
Post a Comment