Kalau tak mampu nak jaga, cakap dengan ibubapa atau jangan bukak taska la bodoh. Aku memang geram dengan orang seperti ini. Kalau aku ayah kepada budak tu mau aku terajang penguasaha taska tu. Orang suruh jaga bukan suruh dera.Sedap je pukul budak...
Kalau anak-anak tidak mahu pergi taska atau pengasuh mesti ada yang tidak kena. Pernah beberapa kali anak aku tak nak pergi rumah pengasuh. Bila aku selidik, rupanya anak aku tidak selesa bila ada sedara pengasuh datang ke rumah. Pernah juga anak orang lain suka mengacau. Moral dari cerita, jika anak kita tidak mahu pergi rumah pengasuh, selidik atau tukar tempat jagaan.
Perbuatan kejam pengasuh kanak-kanak di Taska Taman Melati ibu negara terbongkar , apabila bapa kanak-kanak yang mengsyaki anaknya menjadi mangsa dera pengasuh taska tersebut memasang kamera tersembunyi di dalam bag sekolah anaknya.
Pada 20.10.2013 lebih kurang pukul 11.00 pagi, saya telah dpanggil oleh pegawai JPJ yang bernama # di jpj wangsa maju untuk melihat video rakaman perbuatan memukul kanak-kanak di taska permata harapan, taman melati wangsa maju kuala lumpur. Saya dan # menghantar anak dibawah jagaan taska itu. Di dalam video tersebut saya dapat lihat wajah anak saya dengan jelas dalam ketakutan, saya juga lihat pekerja yang juga pemilik taska yang dikenali sebagai puan rozita memukul kanak-kanak di taska. Menurut pemilik video ini dirakam olehnya melalui kamera yang dipasang di dalam beg pakaian anaknya. Menurut beliau juga perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak JKM dan juga KEMAS. Bersama laporan ini saya bawakan sekali rakaman video tersebut. Saya merasa bimbang terhadap anak saya dan juga kanak-kanak lain yang berada di bawah jagaan taska itu. Oleh itu saya hadir di balai polis Wangsa Maju untuk membuat laporan. sekian laporan saya.
Sumber
Untuk laporan lebih lengkap boleh tonton
disini.
No comments:
Post a Comment