Tuesday, November 5, 2013

umno masih tergila-gilakan orang cina

Keadaan sekolah masih lagi dalam keadaan baik.  Hanya kerana satu pilihanraya kecil, sekolah yang elok, diperelokkan lagi dengan peruntukkan 1 juta ringgit. Sedangkan banyak lagi sekolah daif  perlu dibantu tapi masih diabaikan oleh kerajaan.
Sekolah ini hanya mempunyai 41 orang murid manakala jumlah murid Sekolah Aik Min hanya seramai 15 orang. Bilangan murid hanya seramai sedosen diberi peruntukkan 1 juta. Sekolah yang mempunyai bilangan murid sedikit banyak membazirkan guna tenaga dan wang ringgit. Sepatutnya sekolah ini perlu ditutup. Tetapi kewujudan sekolah ini sudah dipersetujui dalam kontrak sosial, sekolah aliran vernakular ini tidak boleh ditutup.
Dalam hal ini mereka merujuk kepada kontrak sosial atau perlembagaan negara. Dalam keistemewaan orang melayu dan Islam sebagai agama rasmi mereka mempertikaikan walaupun ia merupakan teras kepada penubuhan negara.

Atas apa yang terjadi, melayu patut menyalahkan diri sendiri. Mereka hanya mengambil kesempatan. Siapa yang memberi peruntukkan dan siapa yang membenarkan mereka naik junjung, kalau bukan kita sendiri.

Orang cina malaysia masih tebal kecinaannya. Malah mereka mahu Malaysia diubah seperti Singapore. Dalam kebanyakkan negara, Malaysia hampir satu-satunya negara yang memberi keistimewaan kepada kaum yang mendatang. Di Brunei orang cina tidak diberi hak untuk memiliki tanah. Di Indonesia, orang cina bercakap Indonesia. Tapi di Malaysia, nama je lahir di Malaysia, tapi tak tahu cakap bahasa Malaysia.

Sekolah 15 orang murid, guru 8 orang. Kalau sekolah kebangsaan pasti di arah ditutup. Apa perlunya sekolah ini diteruskan, jika ada sekolah lain yang berdekatan. Sistem sekolah seperti ini hanya di Malaysia. Keistimewaan yang melampau.
Bukit Besar merupakan pdm pengundi cina. Majoriti pengundi cina menyokong pakatan. Tidak mempertikaikan orang cina mengundi Pas. Itu hak mereka. Tapi pada pemimpin umno, kalau masih tidak faham lagi, takpe la. Biar orang melayu mengajar umno.
Walaupun kenyataan ini bermotifkan politik, tetapi apa yang dikatakan ada benarnya. Umno sahaja yang terkedik-kedik dengan orang cina. Tidak mustahil, satu hari nanti orang melayu akan menolak umno secara total.

No comments:

Post a Comment