Keputusan rasmi prk Sungai Limau Pas menang dengan majoriti 1,084. Pada pru13 yang lalu, Pas menang dengan majoriti 2,774. Keputusan ini memang sudah dijangka.
Pengundi cina tidak keluar mengundi dan mereka tidak menunjukkan sokongan parti mana. They're so smart. Umno tidak tertipu tapi sekadar memberi kail untuk melihat ikan memakan umpan. Kini terbukti, pengundi cina masih setia dengan pakatan. Biarkan...
Hanya selepas ini jika ramai pemimpin umno yang masih menagih simpati kepada kaum ini, memang penyokong umno boleh maki pemimpin mereka. WAJIB maki.!!
Lepas menang kerusi MT umno, terus komen pengundi cina perlu diberi perhatian. Inilah spesis pemimpin umno yang harus dinyahkan. Maaf, aku tidak nampak sebarang kemajuan yang diberikan oleh Razali kepada orang muda terutama umno.
Setiap kali prk, umno melabur beratus juta. Pembangkang pula hanya menabur air liur untuk menarik pengundi. Pakatan tetap menang walau tanpa sebarang pengumuman projek pembangunan. Penggal parlimen lepas, lebih 10 kali prk dijalankan maka berbillion dilaburkan kepada pembangunan yang tidak sepatutnya.
Mengapa umno tidak belajar teknik jual minyak ditepi jalan.?
Rakyat suka umno kalah. Bila kalah maka lebih banyak peruntukkan akan diberikan. Umno terlebih bijak sampai jadi bangang....hahhaha...
* Kelantan bukan negeri termiskin dan kadar pengangguran amat rendah. Walaupun dianaktirikan, semua agensi kerajaan berjaya dipenuhi dengan anak Kelantan. Harap anak Sabah dan semua negeri lain belajar dengan anak Kelantan.
No comments:
Post a Comment