Monday, December 2, 2013

Biarlah doktor wanita di bilik bersalin

Ramai yang mendesak kerajaan menyediakan doktor wanita yang mencukupi terutama di bilik bersalin. Hal ini sudah lama dibangkitkan dan sejak kebelakangan ini desakan semakin vokal kedengaran.

Aku seorang suami dan ayah. Tidak dinafikan keegoan suami tercabar apabila aurat isteri menjadi taruhan di bilik bersalin. Jika suami tercabar, isteri lagi menderita daripada si suami.

Saya antara yang beruntung kerana pihak syarikat menyediakan sedikit peruntukan bagi menampung kos perbelanjaan isteri bersalin. Dari anak pertama dan seterusnya, kami sepakat tidak menggunakan khidmat hospital awam walaupun kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri.

Untuk kerajaan menyediakan doktor mencukupi mengikut gender, ia agak sukar dilaksanakan. Isu 'aurat ' tidak terhad kepada sakit bersalin, banyak lagi sakit yang membuka kepada isu aurat samada lelaki atau perempuan.

Pengalaman seorang abang yang menjalani rawatan membuang batu karang. Nurse yang membantu mencuci 'auratnya' ialah seorang nurse perempuan. Pada mulanya beliau memang malu, tapi kerana darurat, apa pilihan yang ada kepada seorang pesakit.?

Walaupun kita membayar kos perkhidmatan yang tinggi di hospital swasta, tidak semua hospital swasta menyediakan doktor perempuan untuk menyambut kelahiran. Ia bergantung kepada kesedaran hospital terbabit.

Kesedaran masyarakat akan pentingnya aurat isteri disamping kemampuan rakyat untuk mendapatkan rawatan, maka hospital seperti An-nur sepanjang masa mendapat permintaan dalam masyarakat.

Kesimpulanya, untuk mendapat khidmat yang terbaik, kita digalakan melabur dalam kesihatan dan tidak takut mengeluarkan belanja untuk membeli skim insurans.

Kesedaran orang melayu dengan kepentingan insurans masih rendah berbanding dengan orang cina. Mungkin kemampuan menjadi penyebab mengapa kebanyakkan orang melayu masih tidak dilindungi oleh insurans.

Apapun, kerajaan mampu mengurangkan kebergantungan doktor lelaki di bilik bersalin jika pihak hospital rajin menstruktur semula tugasan para doktor.

1 comment:

  1. Memang baik kalau dr wanita berada dibilik bersalin. Tapi kekurangan ini mungkin kerana tidak cukup dr wanita yang berminat untuk menjady oby/ gyn.

    ReplyDelete