Sunday, December 1, 2013

Pelakon Paul Walker Fast & Furious maut

Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang semalam 3.30 waktu tempatan. Kejadian dilaporkan berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles
Pelakon itu berada di dalam sebuah kereta Porsche bersama seorang rakan yang memandu kereta tersebut. Dipercayai kereta mereka hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok lalu terbakar.
Setakat ini identiti pemandu yang berada bersama Walker belum disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.
Laporan menyebut, Walker berada di Santa Clarita bagi pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

No comments:

Post a Comment