Tuesday, December 31, 2013

Jom turun demo

Biarkan mereka berdemontrasi untuk turun harga barang atau nak turunkan Najib, aku tak kisah. Dah lama aku harap Najib turun.

Pertama aku mahu Najib turun bukan kerana Rosmah atau kenaikan kos hidup. Rokok tidak ada kaitan dengan subsidi, tidak ada sebab mengapa kerajaan hendak menganiaya perokok.

Najib memperuntukkan Pemandu RM6 juta untuk mengkaji kenaikan kos sara hidup. Ia pembaziran. Sepatutnya sebelum melaksanakan rasionalisasi, mereka sudah mengkaji implikasi, bukan dah buat baru nak kaji. Ingat memerintah negara ini main pondok-pondok.?

Untuk memenuhi kehendak Najib, Pemandu pasti menggunakan khidmat konsultan. Yang bodoh bukan menteri pemandu, tetapi Najib sendiri.  Beliau percayakan musang daripada pakar universiti.

Kesimpulanya, Najib sayang kepada pemandu. Jadi biarkan Najib dan pemandunya dihambat oleh rakyat.

Bagi aku, untuk menangani kos sara hidup, semua pihak perlu memainkan peranan. Rakyat, peniaga dan kerajaan mempunyai peranan. Rakyat perlu berjimat, peniaga jangan mengambil kesempatan, kerajaan jangan menzalami rakyat.

Walau kos hidup semakin naik, rakyat masih enjoy. Masih bershoping dan ramai yang mampu menukar sport rim baru. Di kampung, kedai kopi bertambah pengunjung walau ayam di kampung semakin pupus.

Agak menarik, harga ikan naik walau harga tol belum naik. Agak kalau tol naik, harga ikan naik lagi tak.?

Isu tol malas nak komen. Setahu aku kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kenaikan tol. Syer kerajaan hanya melalui kwsp. Kwsp bukan milik kerajaan, tapi milik rakyat. Jika kwsp tidak untung, maka pencarum dalam kwsp tidak mendapat faedah. Siapa yang rugi.?

Cerita lebih-lebih nanti orang buli aku. Kang tak pasal-pasal lembu lebih pandai dari aku. Jadi aku nak share sapi punya cerita, tukar kereta untuk berjimat. Pemimpin umno yang bodoh, membazir duit rakyat guna kereta perdana.

Memang bodoh menteri umno. Sepatutnya, cukai dinaikan agar harga barang dapat diturunkan. Bila cukai naik, hasil naik, gaji pun naik. :)

1 comment:

  1. 1) Demonstratsi patut dibuat di depan kedai yang naikkan harga barang ikut suka dan berlebih-lebihan. Ragam pekedai ini semua orang tahu dan dia tak pernah turunkan harga dalam apa keadaan sekali pun. Cuba lihat, para pekedai ini bangsa apa dan peserta guling pula bangsa apa? Kerajaan bangsa apa yang nak digulingkan?

    2) Hanya orang UMNO sahaja yang boleh turunkan Najib. Mereka yang memekik-mekik di jalanan itu sepatutnya mendaftar dulu sebagai ahli UMNO sekiranya mahu mengubah pemimpin kerajaan. Jangan jadi anjing menyalak bukit.

    ReplyDelete