Wednesday, January 1, 2014

Hanya 9 tahun..???

Badan besar, sihat tapi jadi hamba dadah. Apa la sial, membunuh kerana RM40. Hukuman hanya 9 tahun dan empat sebatan.? alahai...
KUALA TERENGGANU - Seorang penyamun yang tergamak membelasah Mek Yam, seorang wanita bisu sehingga cedera parah dan meninggal dunia dua minggu selepas kejadian samun itu, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Mohd Ashraf Osman, 21, dari Jerteh, Besut, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah telah melakukan rompakan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, Mek Yam Awang Ya, 68, di sebuah rumah di Felda Tenang, Besut.

Dia yang juga seorang buruh itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu pada 14 Disember lalu, kira-kira jam 1 pagi.

Siasatan mendapati, motif kejadian disebabkan Mohd Ashraf mengalami masalah kewangan untuk membeli dadah.

Dia turut mengakui memukul mangsa menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kecederaan parah dan mengaku mengambil barang milik mangsa iaitu wang tunai berjumlah RM40 dan dua bentuk cincin.

1 comment:

  1. Bagaimanakah yang ini? Ada mana-mana pihak yang arif dan celik mahu membuat pembelaan lanjut kes ini sekiranya masih ada ruang? Al-fatehah kepada mangsa.

    ReplyDelete