Thursday, January 2, 2014

sembang

Selamat tahun baru dan selamat mengikat perut...
SULTAN BRUNEI walaupun tersenarai dalam 10 orang paling kaya dunia tetap laksana hudud. Tapi kita nama tersenarai dalam penerima BR1M tolak hudud. Jadi fikir-fikirkan la.

■ Ustaz Azhar Idrus, sembang Ambang 2014, Penang.

Ungkapan seperti ini menghiasi semua wall admin FB popular. Ia realiti kehidupan sekarang, duit semakin kecil seiring zaman. Apa motif mereka berbuat demikian?

Orang lama, gaji mereka hanya RM200, sekarang gaji pembantu tadbir sudah RM1,500. Bukankah ia satu perbezaan yang nyata. Pencen minimum kakitangan awam pun sudah RM820.

Aku tidak menyokong sama sekali sebarang kenaikan. Tetapi aku sedar, kenaikan cukai tidak dapat dielakan. Tetapi kenaikan biarlah berpada-pada.

Hanya kerajaan BN sahajakah yang menaikan cukai..?
Tol naik, sudah pasti gaji kakitangan tol naik. Tarif nai, sudah pasti gaji kakitangan TNB naik. Harga ikan naik, tetapi pendapatan nelayan tidak naik. Kos pengangkutan naik, tapi gaji driver tidak naik. Gaji kakitangan awam naik, persoalan meningkatkah kualiti perkhidmatan awam.?

No comments:

Post a Comment