Wednesday, December 11, 2013

Ketua dan Naib sama saje, kencing kuat.

Rakyat mahu mereka tampil membantu bukan suruh berposing macam model. Baru nak jadi pemimpin, perangai dah meloyakan. Aku langsung tak berkenan dengan barisan pemuda sekarang. Cakap gempak tapi satu sen tak membawa hasil.
Tidak menafikan peranan unit amal Pas dalam misi membantu mangsa banjir. Dalam kebanyakkan program, "tentera" mereka jauh lebih ikhlas membantu berbanding pemuda umno.
Pemuda boleh menggerakkan mahasiswa atau pelajar di bawah kementerian pendidikan. Jika pemuda boleh menghantar 10 orang belia setiap rumah, ia adalah satu kejayaan. Semasa pru lalu, pemuda membuat kerjasama dengan sebuah pusat IKBN bagi program servis dan cuci kenderaan percuma. IKBN telah menghantar 10 orang pelatih/pelajar. Serius, kesian aku tengok budak itu dikerjakan oleh orang umno. Dibuat macam macai. Sepatutnya, pemuda menyediakan tenaga untuk mereka membantu... tapi malangnya, berpeluh-peluh budak IKBN itu dikerjakan.

Isu lori kena saman oleh JPJ kerana membawa lebih muatan. Dikatakan lori tersebut membawa barang untuk mangsa banjir di Kuantan. Seperti ada yang tak kena dengan surat saman tersebut. Printed.?
Tak tahu kejadian itu betul berlaku atau fitnah. Secara peribadi, aku kurang percaya dengan berita bergambar whatsapp. Siapapun boleh buat. Dalam isu banjir, terlalu banyak cerita yang dikeluarkan. Semua cerita berpaksikan kepada ideologi parti. Silap haribulan, sendiri bikin, sendiri kasi panas, sendiri kasi spin.
Yang pasti dosa fitnah itu besar.

No comments:

Post a Comment