Friday, December 13, 2013

Tiada bukti kukuh Mat Sabu syiah

Hari ini KDN melalui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Walaubagaimanapun tiada bukti bergambar diedarkan. Aku berpendapat bukti yang dikemukakan terlalu longgar. Bukti hearsay hampir tidak boleh diguna pakai. Selain itu, kredibiliti saksi juga boleh dipertikai.

Aku berharap kdn mempunyai lebih banyak bukti kukuh dan bukan berdasarkan kepada andaian. Sesuatu andaian boleh membawa fitnah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,Minta pautkan blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/,Blog tuan telah lama saya pautkan,t.kasih..

    ReplyDelete