Monday, December 16, 2013

Mat Said buat gimik lagi

Tidak dinafikan, menteri besar Terengganu memang berwajah orang kampung dan sering prihatin dengan masalah rakyat. Secara peribadi aku puji, kerana ia merupakan bonus dari pemimpin kepada rakyat.

Seorang rakyat mahukan pemimpin seperti ini, tetapi ramai orang tidak sedar kualiti pemimpin bukan terletak pada majlis amalnya, sikap rendah dirinya, zuhudnya, berapa banyak duit simpanan negeri tetapi pada aku nilai kejayaan pemimpin terletak kepada kesejahteraan yang diberikan kepada rakyat.

Jika menteri besar mampu menggembleng tenaga untuk membantu mangsa banjir itu lebih bagus. Ini kerana tenaga seribu orang lebih baik daripada bahu seorang untuk membantu mangsa banjir.

Secara keseluruhan, semua orang dan parti politik berlumba-lumba membantu mangsa banjir. Aku tidak menolak bantuan dari Pas dan umno. Mereka sama-sama membantu. Yang mengecewakan hanya bantuan dari pemuda umno dan Pkr. Peranan mereka hampir tiada.
Aksi bangang dari NKP umno. Lantai dah bersih tapi masih mahu disapu. Ada ke orang mop sambil menyapu.? Kalau yea pun nak berlakon lebih baik pegang je batang penyapu tu... tak la nampak bodohnya. 1Malaysia gelak kebodohan pemuda umno.

No comments:

Post a Comment