Monday, December 16, 2013

Semua naik salah kerajaan, sendiri tidak bersalahkah.?

Minggu lepas aku pergi pasar malam untuk membeli buah tangan ke rumah adik aku. Di pasar malam, aku nampak orang beratur untuk membeli murtabak. Aku tengok macam sedap. Macam murtabak Singapore, besar dan gebu. Kat tempat aku dijual RM5, tapi pelik sikit, kat kl orang tu jual RM3.

Aku pun beratur di celah-celah orang ramai. Aku paling tidak suka beli makanan beratur walau makanan itu sedap. Aku bukan minta sedekah nak beratur. Itu prinsip aku. Tapi kerana keinginan yang membuak, aku beratur. Serius, bab makanan aku tidak kecoh. Kalau cukup rasa untuk membuatkan perut kenyang sudah memadai.

Untuk dijadikan cerita, sampai turn aku, murtabak yang dijual kecil dan kurang menyerlah kerana intinya kurang. Aku sedih skit sebab tak dapat apa yang aku nak. Dalam keberatan untuk membayar, murtabak kecil dengan harga yang sama, hati memujuk.... 'takpe la, inilah rezeki aku, ini bahagian aku. aku redha dan bersyukur kerana aku antara yang dapat rezeki."

Untuk dipanjangkan cerita, semasa aku membayar, penjual itu boleh buat murtabak yang besar seperti sebelum ini. uhh!! Allah sengaja menguji keimanan aku. Aku terus berlalu pergi.

Apa yang aku nak katakan ialah, rezeki itu pemberianNYA. Jika sesuatu rezeki itu untuk kita, walau ia jauh pasti kita akan dapat. Kekadang nasi hendak disuap ke dalam mulut pun boleh terjatuh, kerana itu bukan rezeki kita.
ular menyangka dia dapat rezeki, walhal ular itu rezeki ular
Tahun 2014 penuh dengan kenaikan barang. Ia susulan dari pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan. Sebab itu aku bantah pengurangan subsidi minyak. Biarlah subdisidi gula, gas memasak atau subsidi lain termasuk biasiswa dikurangkan. Ia memberi kesan minima kepada rakyat. Jika minyak naik, maka sekecil-kecil harga keropok pasti akan naik.

Apapun aku bersyukur kerana aku yakin syarikat akan memberikan kenaikan gaji yang munasabah berdasarkan kepada kos sara hidup. InsyaAllah, tahun depan perjanjian CA yang akan ditandatangani akan memberikan keputusan yang memuaskan semua pihak.

Mungkin orang kata aku ini bodoh kerana menerima semua kenaikan. Tidak kurang, akan ada melebal aku macai. Ikutlah, apa peduli orang cakap. Itu pendapat kamu. Semua orang ada pendapat masing-masing. Tapi sebelum cakap, lihat dulu diri sendiri. Pendapat kamu berdasarkan realiti atau hanya untuk kenikmatan sendiri.?

Aku dilahirkan susah dan sekarang masih susah. Kesusahan sudah sebati dengan aku. Dengan sedikit kenikmatan yang diberikan, ada keluarga, makan minum cukup, boleh bawa anak berjalan, itu sudah mencukupi. Esok aku hendak bercuti di Langkawi. Perlu ke aku mengeluh kerana aku tidak ada ipad, S4 atau telefon canggih?. Aku cuma ada Nokia C300 untuk sms dan call.

Ada orang tidak belajar tinggi tapi ada kereta mahal, bukan satu tapi dua. Ada telefon canggih, baju mahal, boleh selalu berjalan, pun mengeluh sana sini. Kalau nak dikutkan, orang itu patut bersyukur dengan nikmat rezeki yang dia ada.

Secara jujurnya, aku tidak mengiktiraf semua kenaikan. Tapi dalam dunia apa yang turun kalau bukan air hujan.?
Memang betul apa ditulis oleh budak ini. Belanja RM1,900 tapi pendapatan RM1,500. Fakta, pendapatan RM,1500 untuk pembantu tadbir penjawat awam yang berkelulusan SPM yang baru masuk kerja.

Jujur pada diri sendiri, siapa diri anda. Driver, kerani, jurutera, pensyarah atau doktor. Anda di dalam kelompok yang mana.? Jika anda bukan terdiri dari orang yang kaya, cukupkah pendapatan anda sewaktu mula kerja.? Teringin juga kan memakai kereta seperti seorang engineer.?

Kenapa tidak menyalahkan diri sendiri untuk belajar rajin-rajin.? kenapa harus kereta yang dikejar. Sekarang ini banyak intitusi menawarkan pelajaran luar kampus. Kenapa tidak mendaftarkan diri untuk menebus kesilapan lalu.?

tolonglaa.... kalau semua nak tapi malas untuk merubah nasib sendiri... sembang sampai esok pun tak habis.

No comments:

Post a Comment