Tuesday, December 3, 2013

Tun kecewa Petronas meminggirkan melayu

Ramai orang tertanya-tanya, mengapa Tun Mahathir melepaskan jawatan itu di Petronas tetapi mahu kekal sebagai Penasihat Proton.

Alasan faktor kesihatan dan nasihat doktor agar beliau lebih banyak berehat boleh diterima semua pihak, tetapi alasan tersebut masih tidak mampu menepis kesangsian sebilangan orang. Ini kerana jawatan sebagai penasihat bukan tugas pengurusan yang memerlukan kerja sepenuh masa.

Jika Tun memerlukan rehat mencukupi, mengapa beliau tidak melepaskan semua jawatan yang dipegang.?

Kesangsian orang ramai wujud ekoran beberapa kontroversi yang melanda Petronas semenjak kepimpinan baru yang dilantik oleh Najib. Mungkin Tun berasa kecewa dengan pengurusan tertinggi Petronas yang sering meminggirkan orang melayu serta perubahan dasar yang diamalkan.

Jika Tun sendiri kecewa dengan Petronas, rakyat lagi kecewa dengan politik Najib.
Dalam laporan Bernama hari ini, Najib memujuk Tun agak menarik keputusan yang dibuat. Sebagai bekas perdana menteri, amat memalukan Tun kembali sebagai penasihat jika Najib masih mengekalkan pengurusan Petronas.


Najib Mahu Tun Mahathir Fikir Semula Keputusan Lepas Jawatan Penasihat Petronas


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Tun Dr Mahathir Mohamad memikirkan semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Najib berkata ini kerana kerajaan berpendapat amat wajar dan sesuai untuk bekas perdana menteri itu terus berkhidmat kerana beliau mampu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Petronas.

"Dalam saya menghormati keputusan yang dibuat Tun atas nasihat doktor, saya berharap Tun dapat fikir semula atas keputusan yang dibuat itu.

"Kerajaan mengalu-alukan Tun untuk terus berkhidmat sebagai Penasihat Petronas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.

Najib berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Dr Mahathir yang turut mengandungi ucapan terima kasihnya di atas kesudian Najib menziarahinya ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini akibat jangkitan dada.

"Kerana nasihat doktor beliau terpaksa mengurangkan penglibatan beliau dalam tugas-tugas seharian, oleh itu, beliau telah memaklumkan kepada saya hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas," katanya.

Dr Mahathir mengesahkan beliau telah melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Dis kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Beliau dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment