Wednesday, December 4, 2013

Kritik boleh tapi jangan kutuk melampui batas

Kerana politik orang sanggup menanggung dosa. Berhati-hatilah dalam memberi komen atau pendapat. Mulut tidak mampu bersuara dengan baik jika lidah tidak berfungsi.

Kata Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Banyak hadis yang menyebut tentang lidah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Tidak terkejut ia diungkap mereka yang bertudung labuh atau berpakaian alim. Pakaian orang mukmin ialah iman dan iman itu tidak boleh diukur dari pakaian semata-mata. Jadi jangan hampiri neraka hanya kerana lidah.
/me apa kaitan dengan lidah..?? #$%^&*^(*(((aku main sebut je)
Luahan empunya badan

1 comment:

  1. Kadang2 yg komen mcm tu x semestinya penyokong parti tu sndiri...sebab boleh jadi reverse psikologi...cth nama profile :- pakatan rakyat...padahal sebenarnya salah seorang cyber trooper umno....tujuan sbg propaganda....zaman al-fitan...fitnah berleluasa....

    ReplyDelete