Friday, January 24, 2014

Pakatan memang terbaik dalam spin

Silap mata yang dipertontonkan kepada umum. Kerana damage control yang baik, pakatan tetap dijulang oleh segenap lapisan rakyat. Walaupun hakikatnya umno lebih baik dari Pakatan, umno gagal memberi kenyataan tersebut kepada rakyat.

Semuanya kerana umno dipimpin oleh orang yang lemah, dari perdana menteri sampai ke setiausaha menteri, mereka masih berselimut.
Kalau kuasa untuk memecat Azmin terletak di tangan menteri besar, macam mana jawatan azmin boleh terlucut.? Jika pengurus besar PKNS tidak mempunyai kuasa, bermakna Azmin masih sah sebagai ahli lembaga pengarah. Tapi...... kerana Khalid orang yang licik maka pemecatan Azmin dibuat secara silap mata.

Dalam mesyuarat 13 November dan 4 Disember 2013, Khalid tidak membuat perlantikan semula untuk Azmin. Beliau hanya menyambung YB Iskandar A Samad dan perlantikan baru YB Teng Chang Kim. Ini bermakna, Azmin tidak dipecat sebaliknya tidak disambung perkhidmatannya. Oleh sebab itu, PKNS telah mengeluarkan surat penghargaan dan bukan surat pemecatan.

Kesimpulanya, Azmin Ali dipecat secara terhormat oleh Khalid.

Pakatan tidak pernah menarik saman terhadap umno tetapi kerana peguam umno lembik macam mama pondan, umno diganyang secukupnya. Alasan umno tidak suka bertelingkah dan parti pemaaf, aku rasa alasan ini tidak boleh diterima akal. Baik tidak bertempat.

Zaman dah berubah, tetapi politik umno tidak berubah. Orang umno ramai yang goyang kaki tapi poket masyukkk, memang wajar umno dikecam.

Peguam umno kata Tian Chua akan meminta maaf secara terbuka. 

Nilaikan sendiri kenyataan Tian Chua

No comments:

Post a Comment