Friday, January 17, 2014

Biarkan mulut Najib disumbat dengan kangkung

Lunak sungguh dia melaungkan azan. Kelunakan suara lelaki Filipina ini telah menarik perhatian orang setempat.

Kenapa nak marah kalau Najib sendiri mahu diperkudakan oleh mereka. Banyak politik Najib membinasakan orang melayu khususnya penyokong umno. Jadi biarkan ia menjadi pengajaran kepada perdana menteri terakhir dari umno. Kalau dia tak sedar juga, tak tahu nak cakap apa lagi.

Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Kera sudah membiak, kenapa harus salahkan kera.?Dah la prestasi kementerian tak bagus, boleh pula menteri-menteri keluar kenyataan bodoh.

Anak menteri berfooya-foya, kerajaan dan penyokong parti yang terpaksa menanggung dosa. Orang lain yang sedap membalun, ahli parti tidak bersalah dikecam jadi macai.

Menjadi menteri besar umur 27 tahun dan sekarang sudah menjadi perdana menteri. Tidak cukupkah ilmu politik di dada? Semua benda dinaikkan harga, mestilah rakyat melenting. Poket sendiri penuh, poket rakyat dirobek.
ISA sudah dimansuhkan tetapi untuk menangani sesuatu isu masih tidak bijak. Sekarang, kebanyakkan group facebook ialah bayang-bayang pembangkang. Aneh, Umno parti pemerintah serta berpengalaman lebih setengah dekad tetapi ketinggalan jauh dalam peperangan siber. Takan semua orang umno seperti Hassan Malek.?

Dulu umno ada unit UMB dibawah kelolaan Tun Faisal. Sepatutnya unit media ini dikawal selia oleh umno pusat dan bukan ketua pemuda menggunakan unit ini untuk kepentingan diri. Sekarang unit ini sengaja dimatikan untuk memberi tekanan kepada Najib. So.. siapa harus dipersalahkan.?

Selangor memperuntukan dana bagi membiayai unit media dan mereka menyalurkan peruntukan tersebut kepada penggiat media yang menyokong mereka. Umno pula hanya licik untuk memerangkap wang untuk poket sendiri.

Semua portal kerajaan BN semuanya skema, orang tengok pun jelek. Amat berbeza dengan kandungan Selangorkini. Ia umpama berita tabloid. Untuk carian, orang tidak membaca skema2 ni. Aku rasa orang tua macam Hassan Malek pun tak membaca portal Negeri Sembilan.

Kalau Najib berundur, orang tetap tidak menyokong umno. Tetapi sekurang-kurangnya ada harapan untuk membawa kembali ahli umno untuk menyokong parti. Kalau umno masih bertuankan Najib, umno bukan lagi pilihan orang melayu.

Jangan kata pembangkang, aku sendiri gelak dengan amaran pemuda. wkwkwkw


AKU BENGANG SEBAB KENAPA HARGA ROKOK MACAM BELI EMAS.

No comments:

Post a Comment