Saturday, January 18, 2014

Masing masing ada masalah

Bebanan kos, ibu nekad jalan kaki hantar anak ke sekolah

Penguasaha bas sekolah memang tidak mampu menyerap kenaikan harga minyak. Mereka terpaksa menaikan tambang kerana kerajaan tidak bersetuju untuk memberi subsidi minyak.

Sebelum ini ramai ibu yang berkongsi perbelanjaan persiapan anak sekolah. Ada diantara mereka begitu teliti menyenaraikan kos perbelanjaan anak untuk mengkritik kerajaan. Aku bukan menyokong kerajaan, tetapi menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyekolahkan anak, so aku tidak merungut.

Dulu ibubapa kita mengeluh, tetapi mereka tidak menyalahkan sesiapa. Mereka beruasaha menyediakan keperluan mengikut kemampuan. Rakyat mahu semua percuma, yuran PIBG juga menjadi pertikaian. Kalau boleh mereka mahu kerajaan menyediakan peruntukkan tambahan kepada semua sekolah.

Tidak dinafikan belanja sekolah naik. Aku juga turut merasai beban. Alhamdulillah, anak aku suka membawa bekal. Waktu rehat, diia hanya beli air. Ada hari dia tidak membelanjakan duit belanja. Kesian anak aku terpaksa menjinjing beg bekal. Aku ada menyarankan agar tidak membawa bekal, tetapi saranan aku ditolak kerana dia lebih suka makan makanan yang dibawa.

Sebelum bermula persekolahan kami sudah membuat perancangan awal, menyimpan duit bagi membayar yuran yang agak mahal.  Kalau mengikut kemampuan, memang aku tidak mampu, tetapi demi memberi pendidikan terbaik kepada anak, apa salahnya kita berkorban.

Makan di kedai memang mahal. Aku lebih suka makan di rumah berbanding di luar. Kalau isteri balik lewat, aku tidak keberatan untuk memasak. Bagi aku, pengurusan rumahtangga amat penting bagi kesejahteraan keluarga.

Serius aku bersyukur kerana Allah anugerahkan aku anak yang baik dan cerdas. Baju sekolah lama bukan menjadi isu baginya. Asal elok dipakai, memadai baginya. Kalau hendak membeli sesuatu, mereka akan tanya, boleh tak beli itu ini. Tapi kalau bab majalah atau buku yang hendak dibaca, dia tidak ada kompromi. Selagi tidak dapat, dia akan memujuk.

Apapun aku faham masalah kewangan kepada keluarga yang berpendapatan kurang. Aku bukan penerima BR1M dan bukan golongan pertengahan. Kami berbelanja mengikut pendapatan. Aku sarankan belanjalah dengan berhemah.

No comments:

Post a Comment