Harga rokok naik terpacak, perokok tidak merungut. TETAPI tanpa sedar, apabila poket perokok kering, mereka akan mengungkit kebangangan kerajaan. Jangan salahkan perokok, mereka tidak menyusahkan orang, tetapi Najib yang sengaja mencari pasal. Mungkin Najib nak suruh perokok hisap kangkung..!!
Politik memang perlukan popular, jangan bangang sangat keluarkan kenyataan kerajaan tidak perlukan popular untuk menang. Kalau betul kerajaan tidak perlukan popular, Najib sila bertanding di Kajang. Aku nak tengok samada Najib boleh menang ke tidak.
Tidak ada sebab Najib boleh kalah. Bukankah selama ini Najib mengutamakan orang cina daripada melayu.? Kalau bukan perjuangan mereka dulu, sudah lama mereka tinggalkan umno. Sepanjang Najib menjadi perdana menteri, apa yang dia buat untuk orang melayu.?
Tak kisah Daim puppet si pulan dan si pulan. Yang penting kebenaran harus ditegakkan. Aku tidak ada kepentingan dengan Najib atau umno. Aku bukan dapat projek pun kalau jilat bontot Najib.
Tak perlu aku senaraikan kelemahan kerajaan, semuanya ada disekeliling kita. Tidak perlukan RM6 juta untuk makmal sara hidup, kalau menteri turun padang dan arahkan semua kementerian membuat kerja masalah inflasi tidak seteruk ini.
Gaji naik 5%, kenaikan sara hidup lebih 10%. Yang dijaga kakikatangan awam. Ingat semua orang kerja dengan kerajaan ke.?
Dulu umno canang, semua benda kerajaan tahu, tapi bab kenaikan barang kerajaan tak tahu. Pelik, kangkung boleh dapat seikat singgit dia canang macam harga kangkung penyebab sara hidup.
Aku bukan menteri kpdnkk nak senaraikan penyebab kenaikan barang. Orang biasa pun tahu kenapa gaji tidak cukup untuk menampung keperluan. Kalau harga ikan separuh dari gaji sehari, apakah jadahnya nak teruskan hidup. Sepatutnya isu rumah ditangani secara tuntas dari dulu, bukan buat prima dan lepas itu jual untuk semua untuk penjawat awam. Speculator untung besar, rakyat dibiarkan ditindas.
Tak payah nak salahkan pemandu, penasihat atau MT umno atau tunggul kayu sekalipun. Kalau Najib pandai menilai, semua ini tidak berlaku. Petronas tidak ada parasit, kerajaan tidak dibuat macam syarikat koparat, pembangkang pun habis idea.
Sudah menjadi politik umno, walaupun berjuta ditabur dan berastus kali ditolak, umno tetap menggunakan pendekatan macam ini. Paling untung kawasan pembangkang, semakin kuat membangkang semakin banyak umno tabur duit. uhhh.....
Kalau Najib tak faham-faham lagi, tak tahu la nak kata.
No comments:
Post a Comment