Semalam satu kejadian samun menggunakan parang berhadapan dengan Bank Islam. Perompak berjaya ditangkap, tetapi penduduk bangi tidak membelasah perompak tersebut. Dah kena tangkap, ingat plak Allah. Masa nak merompak, tak ingat Allah.
Petang tadi kita dikejutkan dengan satu kejadian menyayat hati. Seorang bapa mengelar anaknya sendiri dan mencederakan dirinya sendiri. Suspek sudah berjaya ditangkap di belakang rumah.
Anak perempuan berusia 7 tahun maut ditempat kejadian, seorang berusia 10 tahun cedera ditikam semasa mandi, dan seorang lagi berusia 12 tahun cedera dibelakang badan dan dipotong jarinya. Kejadian disedari oleh anak ketiganya yang baru balik dari sekolah.
Susulan kes bapa sembelih anak di Bangi. Admin AHAH sendiri hadir dilokasi dan mencari berita ini.
Mangsa 3org
Yang maut berumur 7 tahun..
Yang ditikam semasa mandi berumur 10 tahun
Seorang lg ditetak dibahagian belakang dan jari dipotong
Berumur 12 tahun
Semasa kejadian,abg mangsa(anak no2) berada ditingkat atas tanpa menyedari kejadian berlaku sehingga seorang lg kakak mangsa (anak no3)yg baru pulang dari sekolah menjerit sebaik saja terlihat salah seorang adiknya tercedera..
Selepas mangsa yg berumur 12 tahun dicederakan,mangsa berlari keluar untuk mendapatkan bantuan jiran..
Jiran membuat laporan polis
Kejadian berlaku selepas masuk waktu asar
Suspek berjaya ditahan di kawasan belakang rumah
Suspek turut mencederakan diri dan dirawat di hospital kajang Mangsa yg maut di bawa ke hospital serdang
Manakala yg berumur 10 tahun dirawat di hospital kajang
Dan 12 tahun ditransfer ke hkl (DTR).
BANGI: Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang Khamis.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah. (awani).
BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - Bernama
No comments:
Post a Comment