Sunday, January 5, 2014

Mencontohi sikap negara maju

Yang membezakan kejayaan sebuah negara ialah sikap rakyatnya. Jika sikap rakyat  masih seperti orang primitif, negara itu tidak akan maju. Sikap terhasil daripada dua elemen, pertama jatidiri dan pendidikan. Bangsa yang rajin, bijak atau berdisplin tergolong dalam sikap jatidiri.

Orang korea dan jepun mempunyai jatidiri yang bagus. Oleh sebab itu negara ini tidak memerlukan masa yang lama untuk maju. Singapura maju kerana pendidikan dan sistem pemerintahanya yang kemas.
Semua sudah maklum berkenaan hutang negara dan perlaksanaan rasionalisasi subsidi. Akibat daripada itu, kos sara hidup atau inflasi meningkat. Terbaru kerajaan membuat 11 langkah perbelanjaan berhemah. Aku kira langkah tersebut hanya langkah sementara dan tidak memberi kesan yang diharapkan. Kerajaan sepatutnya menghadkan semua perbelajaan tanpa mengganggu perlaksanaan pembangunan.

Terlalu banyak pembaziran yang boleh dijimatkan oleh kerajaan. Jika 11 langkah itu mampu memberi impak kepada kewangan kerajaan, bermakna kerajaan banyak berbelanjaan untuk perkara yang tidak berfaedah.

Rakyat negara pengeluar dan maju amat beruntung kerana mampu hidup dengan kualiti hidup yang bagus disamping kos yang murah. Kita beli telefon pintar beribu sedangkan mereka membeli gajet dengan beberapa ratus. Inilah keuntungan nilai matawang.

Bukan untuk umno, tapi untuk kehidupan yang lebih baik, Najib perlu ditolak. Jika orang umno tidak berani menolak Najib, rakyat akan menolak umno pada pru14. Pembangkang bukanlah pilihan yang terbaik, tetapi mereka tiada pilihan untuk mencuba perubahan.
Sebelum ini pakatan rakyat mahu kerajaan umno memberikan pendidikan percuma. Rakyat menaruh harapan dengan janji ini walaupun ia sebenarnya hanya janji pilihanraya. Buktinya, jika benar mereka mahu melaksanakan, semua pinjaman pendidikan dibawah kerajaan negeri pembangkang sudah dihapuskan. Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan senarai peminjam yang tidak membayar balik pinjaman.

Seorang prof bertanyakan soalan, mengapa universiti Singapore lebih kehadapan walaupun mereka hanya mempunyai empat universiti.? Jawapan aku, jika Mosti masih memberikan geran mengikut kroni, sampai bila-bila pun universiti kita pada tahap sekarang.
Katanya antara program yang akan dilaksanakan termasuk meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa dan sebanyak RM600 juta disediakan sebagai geran penyelidikan di IPTA.
UniMAP antara universiti yang bagus. Walau USM pernah mendapat taraf univeristi apex, prestasinya tidak boleh dibanggakan. Aku suka pada penyelidikan yang bermaanfaat dan bukan sekadar kertas kerja yang hanya diedit.

RM600 juta bukan sedikit. Nilai tersebut bersamaan dengan bajet tahunan beberapa kerajaan negeri. Tak tahu nak kata apa, jika duit sebanyak masih tidak mampu memberi impak kepada ranking universiti.

No comments:

Post a Comment