Saturday, January 4, 2014

Politik bajingan

Adil bila kau dapat aku dapat. Adil bila ada masjid, perlu dibina juga tokong. Sekarang orang Islam perlu membenarkan orang non muslim untuk menyebarkan agamanya kepada muslim. Ini adil bagi orang non muslim. Sedangkan dalam Islam, orang murtad halal darahnya.

Dulu kita sukar melihat gereja. Sekarang gereja tumbuh bak cendawan selepas hujan. Mereka menguasai ekonomi. Kerana politik orang Islam yang lemah, mereka berjaya mengambil kesempatan.

Selama ini, mereka ada dana tetapi mereka tidak ada kuasa politik. Sekarang mereka ada keduanya. Tidak mustahil satu hari nanti gereja lebih banyak dari masjid,

Harakah tidak menyiarkan kemahuan tiga adun dap mencabar Enakmen 1988, sebaliknya akhbar tersebut lebih menekankan isu JAIS menyerbu gereja. Laporan terbaru, pandangan Naib Pengerusi SUHAKAM dijadikan topik utama.

Mereka tidak salah, yang salah orang Islam sendiri yang menjual agama. Tolonglah, hang lebai ka, hang ustaz ka, kalau perangai  macam 'anak firaun" tidak ada gunanya serban berkilo atas kepala.
Aku rasa tidak salah "jika tidak suka duduk di Malaysia, boleh tinggalkan negara ini." Dulu perjanjian sudah termeterai, Islam agama rasmi, kenapa harus pertikaikan lagi. Sepatutnya jika tidak suka azan atau Islam, keluarlah ke negara lain.

No comments:

Post a Comment