Thursday, January 30, 2014

Pemimpin parti tupperware memang pandai salahkan orang lain

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh
Sudah menjadi amalan mereka, apa jua masalah yang berlaku, waima masalah dalam kain sendiri umno akan dipalitkan. Itu cara politik mereka. Apa yang aku faham, hanya satu- Anwar menjadi menteri besar Selangor untuk merompak harta di Selangor untuk mencari dana pru akan datang.

Aku percaya, Anwar dilarang masuk ke Jepun bukan kerana sekatan politik atau disebabkan beliau seorang banduan. Kalau 2011 Anwar boleh memberi ucaptama disana mengapa sekarang beliau dilarang masuk. Bagi aku Mr Sasakawa, Pengerusi Nippon Foundation bukan sebarang orang, mereka berdua pasti mempunyai pakatan yang ideal.
Semua orang memtertawakan Pas bilamana bekas ketua pemudanya melambangkan partinya sebagai parti tupperware. Samada parti ini parti tupperware atau tidak, sama-sama kita saksikan kesudahanya.


Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa. Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Semenjak ulama ini takde dalam radar politik, Pas lebih rasional dan tidak dirundung kontroversi. Patutlah penyokong Pas begitu bengap dengan isu Perak. Bila 16 September digagaskan, mereka bersetuju untuk main belakang, tetapi bila terkena batang hidung sendiri mereka menyalahkan umno.

Isu Perak parti mana yang melompat terlebih dahulu.? mengapa semasa Adun Bota melompat Nik Aziz boleh terlompat gembira.? Jika Anwar boleh merogol demokrasi, kenapa umno tidak boleh.?

Tidak dinafikan pakatan memang hebat memanipulasikan keadaan. Tetapi tolonglah, agama memang tidak dipisahkan dari politik, tetapi jangan sesekali mempergunakan agama untuk tujuan politik.

No comments:

Post a Comment