Walau aku bukan penggemar kelajuan, tetapi apabila memandu balik kampung, pedal minyak akan ku tekan sampai habis. Aku tidak membenarkan speedometer aku jatuh dari 120Km/j. Pernah sekali, semasa edisi potong memotong, seluar tersangkut kat pedal, nasib baik ia cepat terlepas, kalau tidak...
Bila aku fikir, untuk apa aku bawa kereta macam laju-laju? Aku patut menjaga keselamatan keluarga aku. La ni, aku drive ikut peraturan.
Kepada yang suka bawa kereta laju, mungkin anda tidak sayang nyawa anda. Tetapi tindakan membawa kereta macam Schumacher boleh membahayakan nyawa orang lain. Jantung ada dijual di pasaran gelap, tetapi nyawa tidak ada gantinya.
Susulan kejadian kemalangan jalan raya di jalan Sungai Tong, berhampiran tempat pelupusan sampah.
Laporan komander operasi pbk ii haji fauzi bin muda : kemalangan jalan raya melibatkan 3 buah kenderaan iaitu perodua myvi (tbs 7611), sebuah proton waja (bgn 9268) dan sebuah toyota alphad vellfire (jpv 7383). Status mangsa :-
1.perodua myvi ( pemandu seorang lelaki dewasa dan seorang penumpang wanita tersepit meninggal disahkan oleh pihak perubatan yang hadir ketempat kejadian dan dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan resque tools . 2 orang penumpang wanita tercampak keluar dari kereta cedera parah telah dihantar ke hospital dengan ambulan untuk tindakan lanjut).
2.proton waja ( pemandu seorang lelaki dewasa tersepit dan meniggal disahkan oleh pihak perubatan yang hadir ketempat kejadian dan dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan resque tools).
3.toyota alphard vellfire (pemandu seorang lelaki dewasa 2 lelaki dan 2 wanita hanya mengalami cedera ringan.(ohmedia)
No comments:
Post a Comment