Saturday, February 15, 2014

Apa ada pada Najib.?

Mahathir terlalu hebat jika dibandingkan dengan Najib dan Pak Lah. Tun hebat bukan sekadar membangunkan negara, dari kecekapan berpolitik mereka berdua juga tidak setanding dengan Tun.

Baru-baru ini Tun ada menyatakan, menteri besar Selangor bukan hak mutlak Pkr. Kenyataan beliau sebenarnya merujuk kepada perjumpaan pemimpin Pas dengan Khalid Ibrahim untuk memujuk beliau masuk ke dalam Pas.

Tun hanya bersuara sebaris ayat, pakatan rakyat sudah bergegar. Itulah kehebatan beliau. Najib sudah berhabis ratus billion, tapi rakyat masih memandang selekeh. Aku tidak menyalahkan rakyat, dah sememangnya kepimpinan Najib lebih lemah daripada Abdullah Badawi.

Jika rajin membaca kupasan kepimpinan  Tun, tidak sampai 10% prestasi Najib menyamai kehebatan Tun. Kita tidak boleh memperbandingkan kelebihan seseorang, tetapi sebagai rakyat, aku mahukan perdana menteri yang mampu meneruskan kecemerlangan negara.

Kupasan mudah. Menangani kos sara hidup naik setelah Najib dikangkungkan oleh budak sekolah. Sedangkan kerajaan boleh menangani sebelum Najib dikangkungkan. Kalau inilah politik Najib, Malaysia tidak ada harapan untuk terus maju.

Najib hanya layak menjadi ketua jabatan dan bukan perdana menteri.

Najib sanggup menjilat bontot cina sedangkan Tun mempergunakan cina untuk kemajuan negara. Tun digeruni kawan dan lawan. Bukan mudah negara kecil macam Malaysia mengancam negara besar. Tapi Tun bukan sekadar mengancam, malah mampu merampas kembali harta negara yang dirompak oleh kuasa besar.

Bukan Guhtrie sahaja yang diambil alih, malah Tun mampu memantapkan persenjataan negara. Apa yang dibeli oleh Pak Lah dan Najib.? PT-91 Pendekar dan MKM Sukhoi variasi daripada kepimpinan Tun. Kalau ada, mereka hanya membeli membeli AV-8(8x8). Selepas itu iventori ketenteraan tiada pembaharuan sedangkan hutang negara semakin melebar.

Petronas berjaya bukan kerana ceo petronas sahaja, dibelakang dia ada Tun. Di bawah Najib Petronas keberatan untuk membantu rakyat. Sebab apa.? sebab Najib meletakkan kitolnya. Argghh..!! kalau cerita Najib darah aku semakin mendidih. Memang aku tak gemar politik Najib. Idris Jala umpama tupai membaiki labu, tapi Najib julang melangit.

Kerana Najib, poket yang kembung jadi kempiss..!!!