FAM membenarkan pasukan ada 4 pemain import, tetapi hanya 3 orang dibenarkan dibenarkan bermain. Ia satu kerugian kepada pasukan dan juga kemajuan bola sepak. Semakin ramai pemain yang berkualiti, semakin meningkat mutu permaian dan stadium semakin penuh.
Ketiadaan pemain import menyebabkan bola sepak tempatan malap. Peminat bola sepak tidak peduli dengan bola sepak negara. Kemerosotan ranking bukan disebabkan oleh pemain import, tetapi ia lebih kepada kualiti yang ada kepada pemain dan jurulatih.
Di peringkat Asia, pasukan negara mampu memberi cabaran, tetapi oleh kerana taktikal jurulatih yang kurang berkesan, prestasi harimau malaya sekadar suam-suam kuku.
Mengambil contoh, pemain pertahanan kita sering membuang bola atau terus dihantar kepada penyerang. Negara atau kelab, pemain pertahanan mempunyai peranan yang lebih besar untuk mengawal perlawanan. Evra, Sagna, Lahm pemain pertahanan ini memberi sumbangan yang besar kepada pasukan. Salah seorang pemain seperti ini, Mahali yang kerap membantu bahagian tengah menjana serangan.
Berita terbaru, Philippe Omar Troussier menolak tawaran FAM. Siapakah yang layak untuk mengisi kerusi yang ditinggalkan oleh Datuk Rajagopal.?
Datuk Ong Kim Swee mampu memikul tanggungjawab ini, namun adalah lebih baik ia di isi jurulatih luar yang lebih berkaliber.
Tidak terlambat jika FAM membenarkan empat pemain import untuk bermain. Ia akan mejadikan liga lebih kompetetif dan melahirkan ramai pemain yang berkualiti untuk untuk diserap ke dalam pasukan negara.
Transformasi JDT adalah contoh yang terbaik. Musim ini banyak pasukan membina pasukan dengan lebih tersusun bagi memberi cabaran samada di liga super dan perdana. Jadi seharusnya FAM tidak perlu menunggu penswastaan untuk membuat perubahan dasar yang mengekang kemajuan industri bola sepak.
Semasa Ahmad Zahid menerajui kementerian pertahanan, beliau membina ATM dan musim ini pasukan PDRM antara pencabar utama di liga perdana.
No comments:
Post a Comment