Saturday, February 1, 2014

Hapuskan arak dulu di Selangor

Setuju dengan gesaan ini, apa kata Gesa juga turut menggesa kerajaan Selangor menutup kilang Carlsberg. Aku juga berharap agar kerajaan Selangor tidak berdolak dalik untuk menutup kilang ini. Gesa juga disaran menggesa kerajaan Selangor menutup pusat tapak kaki yang bersepah di Selangor.

Aku bukan tidak setuju, tapi aku paling benci orang yang hiprokrit.
Ha ini menyebabkan bir boleh dijual di 7 Eleven yang mana pekerjanya adalah juga di kalangan anak Melayu sendiri.
Di Selangor bersepah supermarket menjual arak. Banyak juga 7E di Selangor yang menjual arak secara terbuka. Pernah satu ketika dulu arak dirampas, alih-alih siapa yang melalak dan mengarahkan ia dipulangkan semula.?

Tolonglah, buktikan dulu dengan kepimpinan. Kalau benar mahu menyahkan arak di Langkawi, kenapa semasa kerajaan Pakatan memerintah, isu ini tidak dibangkitkan.?

Apa kata Gesa atau Pas mengumumkan Jumaat sebagai hari cuti mingguan. Kalau semua kerajaan umno yang kena buat, bagaimana kalau umno tidak memerintah.?

KUALA LUMPUR: Gerakan Sokong Syariah (Gesa), anjuran gabungan beberapa NGO iaitu Mapim, Salimah, Teras dan Landas menuntut agar pihak kerajaan membatalkan bebas cukai ke atas arak di Langkawi dan dalam rangka kempen Gesa di pulau itu atas tema "Langkawi Bersyariat".

“Kami mendesak agar pulau ini bebas daripada arak. Kami dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak berdolak dalik lagi untuk membasmi gejala arak di pulau Langkawi jika masa depan rakyat serta keutuhan sosial masyarakat mahu dijamin,” tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, Gesa amat yakin Langkawi tanpa arak tidak akan menjejaskan pelancongan di pulau itu kerana pelancong bukan datang ke Langkawi semata-mata untuk minum arak.

Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.

Gerakan Sokong Syariah (Gesa), anjuran gabungan beberapa NGO iaitu Mapim, Salimah, Teras dan Landas menuntut agar pihak kerajaan membatalkan bebas cukai ke atas arak di Langkawi dan dalam rangka kempen Gesa di pulau itu atas tema "Langkawi Bersyariat", kami mendesak agar pulau ini bebas daripada arak.

1 comment:

  1. Blogger ini cuba spin kempen Gerakan Sokong Syariah (GESA) di Langkawi baru-baru ini agar mengawal arak di Langkawi. Kononnya Selangor juga bebas menjual arak di 7-11. Beliau jahil berkenaan akta Eksais dan Akta Kastam. Akta berkenaan membenarkan jualan beer di 7-11. Beza langkawi dan Selangor adalah Langkawi tiada cukai untuk barang tertentu menyebabkan beernya amat murah dan mudah dibeli. Beliau juga dengan 'garangnya' meminta Selnagor menutup kilang arak sekelip mata yang dibina puluh tahun malah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita sejak tahun 1970an. Beliau anggap sebelum Pakatan memerintah, Selangor bukan sebahagian daripada Malaysian agaknya. Ini bukan isu negeri Pakatan, negeri BN, ini isu akta yang membebaskan jualan arak diluluskan di parlimen bukan dalam DUN. Blogger jahil sebegini cukup ramai dan mereka perlu ditarbiah, diberi fakta agar mereka juga kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete