Monday, February 10, 2014

Duit banyak tapi rakyat tidak terbela

Aku tulis pasal sampah bukan sebab politik, tetapi keperluan rakyat. Sampah di B.B. Bangi dikutip tidak mengikut jadual. Isu sampah ada di serata Selangor. Tapi orang Selangor tidak kisah dengan masalah ini. Mungkin parti mereka, jadi mereka redhakan saja.
Semuanya memberi alasan berkaitan kewangan yang tidak cukup dan bidang kuasa. Jelasnya mereka tiada penyelesaian buat masa ini, dan meminta kita bersabar.
Tidak logik alasan Yb ini. Kerajaan banyak duit, tapi bila rakyat mohon bantuan boleh kata takde duit. Pakatan sudah memerintah 2 penggal, umno masih dipersalahkan.

Dah kaya tapi kerajaan negeri masih berkira dengan MARA. Kalau la negara ini diperintah oleh mereka, mungkin mereka lebih teruk dari BN.

Zolfakar Dihani Kerajaan selangor banyak duit kerana kebijaksanaan MB Selangor yg x songlap duit masuk poket. X mcm MB Selangor yg dulu songlap kaw2.. Tp ingat, rakyat tlg bersyukur. Revenue selangor naik berlipat kali ganda.. Wang saguhati juga naik berlipat kali ganda. Kalau x reti bersyukur, jgn pelik kalau semua itu hilang. 

Apa yang dibanggakan dengan rezab kalau tidak dinikmati rakyat. Kalau dulu bukan kerana putrajaya dengan KLIA,  mungkin Semenyih masih pekan koboi. Nak memajukan kawasan kena guna duit, bila dah siap orang lain yang dapat nama.