Seperti dalam perhimpunan haram. Provokasi antara kedua-dua pihak mengundang pergaduhan. Apa jua provokasi jika tidak dikawal akan berakhir dengan pergaduhan. Oleh itu perbuatan Teresa Kok dikecam.
Bermula dengan balingan botol dan selepas batu dilontarkan, pergaduhan antara kedua penyokong tercetus. Mujur pasukan keselamatan sudah bersedia sejak awal lagi.
Seorang penyokong Pahang cedera dalam kejadian malam tadi. Cermin bas yang membawa penyokong Jdt juga pecah.
Mengapa tiba-tiba Jdt menjadi kecaman peminat bola sepak tempatan.?
Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan TMJ. Salah satunya apabila TMJ tidak dikenakan tindakan oleh FAM semasa beliau berada di bangku simpanan dalam tempoh penggantungan.
Apapun kerana TMJ bola sepak tempatan hidup segar. Kalau dulu kualiti padang seperti tempat kerbau berkubang, sekarang mutu padang stadium semakin meningkat.
Penggunaan lampu yang lebih terang, 1000> lux menambahkan kualiti tontonan di stadium dan kaca tv. (tengok bola kat tv macam bola epl)
Biarlah, aku bukan peminat tegar bola sepak, aku cuma hanya ambil tahu perkembangan bola luar dan tempatan.
Kegemaran aku ialah membaca dari belakang gol harian metro. Semalam arsenal dikhabarkan mahu membeli Edin Dzeko, Mario Mandzukic, Diego Costa. Selain itu Wenger juga masih mencuba membeli Julian Draxler (Schalke).
Arsenal suka membeli pemain yang berbakat. Sebelum ini Wenger amat berminat dengan Robert Lewandowski, sekarang pemain ini akan berpindah ke Bayern Munich.
Sekarang Costa membawa Atlético Madrid di puncak La liga. Kalau Arsenal dapat beberapa pemain yang disenaraikan, musim gemilang Arsenal akan terus berkekalan.
Ending cerita bola aku, Pahang memang patut menang. Pasukan ini bermain dengan amat baik. Separuh masa penuh dengan aksi yang mendebarkan. Malam tadi aku hanya tengok separuh masa pertama, channel tv dah beralih ke Maharaja Lawak mega.
Dari segi persembahan, Jambu patut menang, diikuti Sepahtu atau Bocey. Keempat Shiro dan Nabil kelima. Ini pendapat aku, tetapi keputusan peminat adalah segalanya. Kesian Jambu dah all out tapi dapat tempat ke empat.
Untuk separuh masa, permainan menghiburkan. Semua pemain menunjukkan kesungguhan, tapi aku amat tertarik dengan corak premainan Pahang. Hantaran jauh dan tepat seringkali mengucar-kacirkan pertahanan Jdt. Pahang bermain secara berpasukan, Jdt pula hanya bergantung kepada Aimar dan Figueroa. Aimar memang pemain bertaraf dunia, hantaran dan kawalan bola amat kemas. Jaringan gol yang dihasilkan oleh Aimar tidak kurang hebatnya.
#Kekuatan Pahang.
Pasukan ini seimbang dari semua sudut. Mereka bertahan dengan semua pemain turun membantu bahagian pertahanan. Serangan Jdt pula hanya melalui dua pemain import dan seorang penyerang. (aku tengok masa Amri Yahya). Jadi amat sukar Jdt menembusi pasukan.
Pahang menyerang dari segenap penjuru. Kanan dan kiri sementara bahagian tengah hidup dan dikawal kemas oleh Hafiz dan Azidan. Larian dari tepi Gopi dan Surendren amat laju. Pemain pertahanan Jdt sering ketinggalan kebelakang. Gandingaan Hafiz dan Azidan hampir sempurna sehingga pemain tengah Jdt menjadi penonton dalam padang.
Ronald Smith berjaya membentuk pasukan yang mantap. Apa yang menarik perhatian aku, bagaimana pasukan Pahang mampu memberikan hantaran tepat. Walaupun pemain dikerah turun naik, stamina pemain Pahang tidak terjejas.
#Johor.
Setiap kali Aimar dan Figueroa memegang bola, tidak kurang dua pemain akan mengasak pemain ini. Ada ketikanya, empat datang memberi tekanan kepada mereka.
Ketiadaan Aidil menjadikan bentang Jdt amat rapuh. Pemain ini bijak memintas bola dan gaya permainan beliau biasanya akan memberi inspirasi kepada pemain lain. Oleh sebab itu, setiap kali skuad kebangsaan bertanding tanpa beliau, bahagian pertahanan negara akan kucar kacir.
Datuk K.Rajagopal sering memberikan tempat kepada Safiq Rahim sedangkan pemain ini tenggelam dalam kehebatan pemain baru. Malam tadi aku andaikan beliau penonton dalam padang.
Suka atau tidak, Aimar dan Figueroa sering dikasari. Malam tadi banyak kali Hafiz membuat kekasaran tanpa diberi amaran lisan oleh pengadil. Selepas beberapa kali, barulah pengadil mengeluarkan kad amaran.
Entahlah, mungkin benar seperti ada konspirasi untuk melemahkan semangat pasukan Jdt. Jika benar, memang malang buat industri bola sepak. Untuk menang tidak perlukan provokasi, tetapi lawan la dengan meningkatkan mutu permainan pasukan.