Saturday, February 8, 2014

MB Selangor guna duit sendiri

MB keluar duit sendiri, tidak guna rizab negeri untuk PRK Kajang.

“Wang negeri tidak digunakan untuk menolong PRK, saya bagi duit sendiri bukan duit negeri. Kalau kita gunakan duit rakyat bererti kita tidak prihatin kepada rakyat,”
Ini bukan fitnah tetapi ia dinyatakan sendiri oleh Khalid. Menipu memang cara mereka, dan kita pula mudah percaya kepada penipuan dan fitnah. Lawak Khalid mengalahkan kumpulan Sepahtu.

Pkr sedang bergelut dengan krisis dalaman yang kronik. Ia berpunca suara ketua umum, timbalan presiden, setiausaha parti tidak diendahkan.

Khalid berdiri di belakang Dap dan Pas. Anwar tidak boleh kalah di Kajang. Jika beliau kalah, satu dunia akan memtertawakan beliau.

Jika Anwar menang, dia terpaksa menghadapi satu lagi masalah dalaman dan juga pihak Istana. Jika Anwar tidak menjadi menteri besar, untuk apa beliau bertanding di Kajang.?

Walaupun pakatan mempunyai pelbagai masalah, rakyat masih tekun memberi sokongan. Aku tidak menyalahkan rakyat, kerajaan banyak menyusahkan rakyat.

Perdana menteri sepatutnya bijak menilai orang. Kejayaan Tun membangunkan Malaysia bukan sekadar pemikirannya, sebaliknya beliau disokong oleh ramai orang yang bijak.

Dulu, walaupun petronas banyak menyumbang kemajuan negara, pada masa yang sama petronas masih mampu mencatatkan keuntungan yang tinggi. Sekarang keuntungan menjadi agenda syarikat minyak negara, kebaktian kepada masyarakat diabaikan.

Teori keuntungan ini turut diterapkan di Selangor. Khalid dan Idris Jala tidak ada bezanya kerana mereka dari korporat. Kerajaan Khalid tidak merasa tempias kerana segalanya sudah tersedia di Selangor. Sekalipun jika kerajaan Selangor tidak memperuntukkan belanja pembangunan, Selangor tetap akan terus maju.

Kalau Tun dikecam membuka putrajaya dan KLIA, sekarang ia menjadi pemangkin kemajuan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Kesimpulanya, Tun Mahathir mengetui jemaah menteri yang bijak, bukan menteri tukang angguk. Jika Tun menjadi perdana menteri, Saifuddin tidak berada dalam senarai 29 ahli majlis MPKN.

Bila pemandu mabuk mengetui kerajaan, kerajaan yang baik menjadi tunggang langgang. Memang semua salah Najib. Siapa nak pertikai kenyataan ini.?