Saturday, February 15, 2014

Politik Pakatan dan BN sama sahaja

Semua orang masih ingat projek 16 Sepetember tajaan Anwar Ibrahim. Beliau mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen BN telah bersetuju untuk melompat parti. Dua orang barua Pkr, Tian Chua dan Elizabeth Wong mengejar MP BN ke Taiwan. Akhirnya projek ternyata hanya angan-angan ketua pembangkang.

Situasi kedua, Datuk Nasarudin Hashim Adun Bota telah meninggalkan umno dan menyertai PKR. Keputusan ini disambut girang oleh keseluruhan pakatan rakyat. Malah Datuk Nik Aziz sendiri mengucapkan syukur atas penghijrahan adun tersebut.

Kenapa pakatan menerima projek 16 September yang ternyata merampas kerajaan melalui jalan belakang. Kenapa setelah Adun Bota kembali kepada BN bersama 2 Adun mereka kecam.?


Apa jua keadaan apabila mereka mendapat faedah dan kepentingan yang berpihak kepada mereka, mereka akan sokong. Inilah politik. Pas adalah parti Islam hanyalah retrotik semata-mata.

Jika betul mereka mahu tiada lagi adun atau ahli parlimen melompat, mereka boleh mengusulkannya di parlimen. Tak perlu berkokok di depan orang ramai. Rakyat bukan boleh buat apa pun.
Memang kalau ada ada prk Balingan ia dikategorikan seperti membazir. Tetapi ia tidak sehina prk Kajang. Semua orang setuju Abdul Taib Mahmud berundur, jadi apa isunya.

Orang politik kalau dia tahu agama sekalipun, politik tetap politik. Sudah pasti ilmu agama yang dimiliki akan dijaja untuk bahan politik.