Wednesday, May 23, 2018

Pemimpin umno masih terpinga

Malaysia baru apabila media bebas menyiarkan berita. Tidak ada berita hancing daripada kerajaan. Di bawah selian unit media PMO, semua syarikat akhbar mengalami kerugian.

Jika makcik di kampung ada facebook, entah kenapa pmo Najib boleh terfikir dengan mengkongkong media, rakyat akan mempercayai apa yang mereka laporkan.

Saban malam TV3 mengutip berita dari sumber jalanan hanya semata-mata untuk menghentam Tun Mahathir. Dan apabila Puad Zakarshi tidak dicalonkan sebagai calon, umno menjadi bahan ketawa.

Umno perlu perubahan pucuk pimpinan.

Jika umno mahu kekal relevan, umno harus dilihat sebagai parti yang dinamik. Semua jawatan harus dipertandingkan. Pengampu dalam parti perlu anggap musuh. Selagi ada pemimpin bongkak, selama itu umno akan menjadi pembangkang.

Transformasi umno.

KJ dilantik mengetuai plan transformasi umno. Dia tidak menolak umno akan membuka keahlian umno kepada pelbagai kaum.

Jika umno membuat dasar ini, Bersatu adalah wadah untuk orang melayu. Kekalahan umno bukan kerana strukturnya, tetapi kerana sikap pemimpin tertinggi parti.

Semua maklum, jika Najib meletak jawatan sebelum pilihanraya, umno tidak tumbang. Oleh kerana ia tidak terjadi, kita sudah menyaksikan kuasa rakyat.

Skandal 1MDB terlalu besar untuk rakyat menerima. Tuduhan demi tuduhan tidak dijawab. Pemecatan pegawai kerajaan menguatkan kerajaan melindungi salah laku. Klimiks kepada senario ini apabila presiden memecat timbalan dan naib presiden dalam jawatan kerajaan.

Kerajaan Harapan.

Pendedahan penyelewangan fakta oleh kerajaan BN telah memahat sokongan rakyat kepada kerajaan sedia ada. Walaupun terlalu awal untuk menyatakan rakyat sudah selesa bersama kerajaan Harapan, hakikatnya umno harus menerima kenyataan itu.

Rakyat amat yakin Tun Mahathir mampu memperbaiki kerosakan yang berlaku. Terima kasih Tun.

No comments:

Post a Comment