Friday, July 6, 2018

Biarkan mereka

Selagi pembangkang  tidak diberi kuasa, selama itu mereka akan kata rakyat layak mendapat pendidikan percuma. Selagi umno tidak kalah, pemimpin umno akan terus memperlekehkan rakyat.

Malaysia baru, yang baru hanya berita di media. Jika PH menerima Mas Ermieyati, Malaysia baru hanya satu slogan.

Walaupun PH mencabuli janjinya sendiri, biarkan mereka membuat dasarnya. Jika kerajaan mahu menarik balik sara hidup para nelayan. Biarkan. Biar nelayan membuat keputusan kerajaan akan datang.

Jika Peguam negara tidak boleh bercakap bahasa melayu, biar rakyat saksikan betapa jeliknya seorang pegawai tertinggi kerajaan tidak mampu berucap dalam bahasa negaranya sendiri.

Jika kerajaan mahu meneruskan progam permata, biarkan. Biar ia menjadi bukti program itu adalah sesuatu yang baik untuk negara.

Kalau dulu penyokong umno macai, penyokong PH juga sudah pandai menyesuaikan diri menjadi macai.

Jika tol tidak dimansuhkan, biarkan kerajaan terus manupulasi hutang kerajaan. Biarkan kerajaan membuat kerja dengan gaya pembangkang. Menyalahkan pihak lain walaupun kuasa sudah ditangan.

Sebagai rakyat, kita tunggu apa yang mereka lakukan.

No comments:

Post a Comment