Saturday, August 4, 2018

melayu memilih

Keputusan prk Sungai Kandis perlu dihormati. Pkr berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 5,842 undi.

Jika orang melayu kehilangan hak, LGBT mendapat tempat dalam masyarakat, bangsa lain mendapat kelebihan, usah disalahkan mereka. Orang melayu sendiri yang membenarkan ia.

Melayu di Lukut tidak tahu dahulunya mereka adalah orang Selangor dan Semenyih itu dibawah jajahan Negeri Sembilan.

Sejarah dalam buku teks ditulis hanya untuk menjaga kaum lain. Kebanyakkan orang melayu tidak tahu sejarah bangsanya. Ia kerana orang melayu tidak suka sejarah.

Jika agenda monarki terlaksana, maka samaratlah antara semua kaum. Melayu tidak peduli institusi raja, pada mereka raja adalah beban yang seharusnya tidak dipikul oleh rakyat.

Rumah melayu besar, anak melayu berpendidikan bukan kerana dasar kerajaan terdahulu. Ia adalah hasil usahanya sendiri. 60 tahun umno memerintah, umno hanya tahu ambil duit walaupun rumah datuknya beratapkan rumbia.

Orang melayu masih sinis dengan umno kerana pemimpin mereka kaya. Ironinya orang melayu tidak kisah pemimpin daripada PH menjadi kaya sekelip mata. Orang melayu benci umno kerana pemimpin mereka bongkak, tetapi mereka tidak kisah pemimpin anutan mereka kelentong.

Melayu melukut belum tiba lagi. Akan satu ketika pasti akan terjadi. Jika nusatara melayu diperaih oleh orang asing, ia akan terjadi pada melayu Malaysia.

Orang cina fokus pada matlamat. Matlamat melayu hanya menjatuhkan umno. Umno jatuh melayu bebas memilih agama. Kepuasan melayu akan maksimum jika kroni cina menggantikan kroni umno.

Ada sesetengah peniaga melayu berjaya kerana usahanya. Mereka tidak sedar produk mereka dibeli oleh orang melayu yang mempunyai pendapatan. Jika sekarang penjawat awam didominasi oleh orang melayu, semoga dasar lebih adil untuk jawatan ini kepada semua kaum.

Orang melayu masuk universiti kerana mereka pandai. Mereka tidak sedar ramai lagi daripada bukan melayu lebih bijak daripada mereka. Anak masuk MRSM, matrik, uitm kerana anak mereka pandai. Mereka tidak sedar, ramai anak orang lain mendapat keputusan lebih cemerlang daripada anaknya.

Biar masa menentukan dimana melayu. Melayu sudah memilih.

No comments:

Post a Comment