Saturday, August 11, 2018

Rakyat dipaksa beli insurans?

"Skim pembayaran insurans itu akan ditetapkan pada kadar paling minimum bersesuaian dengan tahap kemampuan golongan B40,"

Adakah selepas ini rakyat perlu membeli insurans bagi menampung kos rawatan di hospital?

Skim ini baik tetapi sepatutnya kerajaan membayar premium tersebut. Sebagai contoh, jIka rawatan itu melebihi 10K, pihak kerajaan boleh menuntut daripada pihak insurans. Selain itu, dalam tempoh tertentu kerajaan boleh menebus premium yang dibayar. Kedua-dua pihak boleh mendapat keuntungan.

Tetapi kalau rakyat dipaksa membeli insurans, nampaknya kerajaan PH lebih teruk daripada umno. Isu kerajaan tidak ada duit adalah sandiwara semata-mata.

Jika kerajaan dahulu ada duit, sudah pasti umno sudah menghapuskan tol, murid tidak perlu membayar makanan di kantin atau setiap tahun uniform dibekalkan.

Jika Tun merasakan kerajaan kaya, adakah pada 2003 Tun meninggalkan harta bertrilion kepada Tun Abdullah Badawi?

Memang betul Najib meninggalkan hutang billion tetapi hutang diparas kemampuan kerajaan. Belum kedengaran kerajaan tidak mampu hutang.

Sebelum PH mengambil Pentadbiran Putrajaya, hutang kerajaan di paras 50.8% kdnk dan rizab kerajaan 431B.

Oleh kerana terbawa-bawa budaya pembangkang, menteri kewangan bercakap seperti seorang ketua pembangkang. Memburukan kewangan kerajaan adalah seperti mensabotaj rakyat. Mujur Moodys menemplak, kalau tidak menteri kewangan seperti beruk mendapat bunga.

No comments:

Post a Comment