Setahun PH memerintah, hutang negara meningkat 100b. Jumlah ini tidak termasuk 82b hasil petronas dan penjualan aset serta saham.
Dilaporkan FGV dan TH dalam proses menjual sahamnya dalam Trurich Resources Sdn Bhd (Trurich) yang bernilai 4b. Pendapatan TH susut apabila pelaburan sahamnya jatuh teruk. TH banyak melabur dalam bentuk saham.
KDNK pada tahun 2017 direkod sebanyak 5.9%. Dasar ekonomi Najib, syarikat tempatan terutama syarikat GLC memain peranan, maka TH, KWSP, KWAP,ASB, ASN secara tidak langsung mendapat untung atas kenaikan size pasaran.
Selepas 9 Mei 2018 pasaran negara jatuh teruk mengakibatkan banyak syarikat mengalami kerugian. Malaysia telah kehilangan 200b dalam pasaran apabila ramai pelabur menarik pelaburan. Dalam percubaan menyelamatkan ringgit, BNM juga kehilangan 30b.
Jika sebelum ini nilai saham TM bernilai RM6.17 seunit, sekarang nilai sahamnya hanya RM2.87 seunit. Begitu juga nilai saham TENAGA, daripada RM15 jatuh kepada RM12.21 seunit.
Walaupun FGV dibebani skandal, namun syarikat ini tidak pernah mengalami kerugian semenjak 2012. TH mengalami kerugian dalam FGV kerana nilai saham FGV jatuh merundum atas pelbagai faktor.
Fokus kerajaan PH ialah mengurangkan hutang, ironinya hutang kerajaan semakin bertambah. PH menyalahkan BN kerana TH rugi. Tetapi angka menunjukkan aset TH telah meningkat 3 kali ganda semasa Najib mentadbir.
TNB merekodkan kerugian RM134 juta pada suku ke -4 sedangkan TNB hanya mengalami kerugian sewaktu perjanjian berat sebelah dengan IPP. Jika TNB mencatat kerugian pada suku pertama pada 2019, dikhuatiri kerajaan akan mengambil kesempatan untuk menjual kepentingan TNB kepada kroni.
Bantuan 6.2b kepada Felda, kerajaan berharap ia memberi respon yang positif dari pasaran. Sebaliknya Moodys telah memberi penarafan negetif kepada bantuan tersebut.
Ramalan Moodys mungkin benar kerana budget 2019 yang dibentangkan oleh menteri kewangan bersandarkan purata harga minyak RM70 setong, tetapi setakat ini purata harga minyak belum mencapai harga yang ditetapkan.
Menteri kewangan menyatakan hutang meningkat dan bajet tambahan yang terlalu awal adalah kesalahan BN. Sebaliknya angka-angka ekonomi menunjukkan kegagalan PH mengurus ekonomi dimana unjuran defisit semakin meningkat.
Projek yang ditangguhkan sebelum ini sudah dimuktamadkan. Ia menjadi pemangkin ekonomi. PH digesa fokus pada ekonomi. Jika ekonomi lemah, rakyat akan sengsara.
No comments:
Post a Comment