Cerita PH berjaya mentadbir hanya karangan tanpa fakta. Walaupun mereka menghapuskan gst, adakah mereka sudah mengurangkan kos sara hidup?
Jika sebelum pru PH kata gst punca rakyat susah, sekarang terbukti gst jauh lebih baik dari sst. Terima kasih PH kerana membuktikan Ahmad Maslan lebih bijak dari Tony Pua.
Selepas setahun, satu demi satu fitnah mereka terbuka. Dulu PH kata Najib adalah dalang siri pembunuhan, sekarang terbukti ia sebahagian daripada fitnah dajjal.
Kejayaan PH adalah kejayaan Najib. PH belum membuat sebarang kerja untuk dibanggakan. Jika proton diangkat sebagai kereta pilihan, itu juga dipelopori oleh Najib.
Kalau Najib tidak membina empayar ekonomi, Malaysia sudah berada dalam kemelesatan. Lihat sahaja berapa ratus bilion PH menjarah kekayaan ekonomi Najib.
Jika Prof Agus terus memihak kepada PH, itu hak dia. Tapi jika beliau mengatakan PH bersih dari rasuah, sebagai professor beliau perlu membuat home work.
Sepatutnya pendakwaan G Gnanaraja kerana menipu seorang pengarah syarikat membina terowong memerlukan siasatan lanjut. Mustahil bagi seseorang memberikan RM19 juta jika tiada asas kes.
PH bukan mengamalkan rule of law, tetapi itulah cara Tun mengawal orang yang tidak tunduk kepada kemahuan beliau.
Jika benar kerajaan ditadbir mengikut lunas undang-undang, apakah hasil siasatan kes bawah kain pembantu menteri, anak menteri terlibat dalam dadah atau rasuah 800K melibatkan pembantu menteri?
Bagi menutup kegagalan, PH berterusan menyalahkan Najib. Mereka tidak mampu menunaikan janji kerana semua hasil kerajaan telah dirembat dan dirosakkan oleh Najib.
Ironinya angka ekonomi menunjukkan aset dan size pasaran meningkat semasa pentadbiran Najib.
Apabila zikir salah Najib sudah tidak boleh diterima, mereka tidak ada jalan lain selain menyalahkan rakyat. Melayu terus dilabel sebagai kaum yang malas dan bodoh hanya kerana melayu tidak mahu bekerja dalam sektor 3D.
PH menjanjikan peluang kerja yang lebih baik. Graduan tidak perlu memandu grab atau menjual nasi lemak. Janji mereka disambut dengan sokongan luar biasa oleh orang muda.
Malang, amat malang apabila setahun di Putrajaya PH hanya mampu menyarankan graduan menjadi tukang rumah atau memungut sampah.
Di bawah PH rakyat semakin perit. Samada sektor awam atau swasta mereka terpaksa menerima beban kerja yang lebih. Segala imbuhan dipotong atas pelbagai alasan.
Keuntungan syarikat glc mereka hisap seperti polong tanpa kepala. Tanpa belas tanpa simpati. Mereka tidak mahu rakyat selesa. Mereka mahu rakyat susah dan terus melutut kepada kerajaan.
Jika menyangka cara ini mampu mengekalkan PH 5 tahun lagi, mereka silap. Rakyat sudah muak dengan politik bajingan.
Jika menyangka cara ini mampu mengekalkan PH 5 tahun lagi, mereka silap. Rakyat sudah muak dengan politik bajingan.
No comments:
Post a Comment